"Terlajak kata. Baru nikah, dah jatuh talak.. gurau punya pasal" Ternganga Semua Orang Terkejut
Ini satu kisah yang wajar di jadikan pengajaran buat semua.
Kisah ini dikongiskan oleh seorang juru gambar yang sedang merakam detik bersejarah pasangan ingin bernikah.
Memang hampir semua majlis pernikahan atau sebarang majlis apapun, juru gambar sudah menjadi satu kewajiban untuk merakam detik bersejarah.
Pelbagai pengalaman akan ditimba oleh para juru gambar ini teutama melihat pelbagai telatah orang di majlis-majlis.
Yang terbaru, seorang juru gambar berkongsi kisah yang amat mengejutkan ramai.
Ini tentang kisah pengantin lelaki terlepas cakap sehingga disahkan jatuh talak terhadap isterinya. Ianaya berlaku di depan juru gambar itu sendiri.
Baru sahaja selesai akad nikah dan bergelar suami isteri, akhirnya pasangan ini disahkan telah bercerai.
Hal dan ucapan talak tak patut dijadikan sebagai bahan gurauan. Para suami hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan sesekalibergurau tentangnya. Terlajak kata, buruk padahnya.
Ini kisah nya:
"Mula-mula, dia lafaz 'Aku terima nikahnya'. Tetapi 'Kalau dah jodoh' bertukar menjadi 'Kalau dah bodoh', yang bergurau-gurau tentang perkara talak kenapa? Kan tak pasal kau ceraikan isteri di depan photographer kau!"
"Laki dia bangang sangat. Saya fikir dia hanya bergurau. Tetapi dia lupa talak rujuk tak boleh dibawa bergurau. Dia hanya cakap, 'Aku talak wife aku... takpe'.
"Last-last dia cakap dia tak sengaja, bukan dengan niat. Tetapi imam kata dah jatuh. Tok Kadi kata saksi cukup, jadi talak tetap jatuh."
"Aku dengar dengan clear. Bridemaid terngaga dan terkejut. Mujur talak satu. Kalau kena talak tiga. Menyesal tak sudah dia tadi"
Itulah perkongsian dari seorang juru gambar di laman Facebook miliknya.
Sementara itu menerusi perkongsian netizen, sekirang suami isteri itu belum bersama, pasangan suami isteri itu tak perlu rujuk. Tetapi mereka bernikah semula. Seperti pasangan suami isteri baru.
Ini komen dari netizen:
@ekmaaaakimm: "Talak yang terjadi sebelum suami meniduri isterinya dikategorikan dalam talak bain shughra, yaitu talak yang membuat suami isteri tidak boleh rujuk kembali kecuali dengan akad baru. Credit: Mufti Agung Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad
@hariz_iskandar: "Haah macam nikah balik 1st time. Boleh rujuk tapi hanya dengan akad baru tak boleh rujuk yang biasa.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Baru nikah, dah jatuh talak.
Jadi pengajarannya janganlah main-main dan bergurau dengan ayat talak ini wahai sang suami semua. Ianya tak boleh dibawa bergurau dalam apa jua keadaan sekalipun. -PENMERAH
Sumber: @dylawok
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2w1syjE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment