Hi! Welcome Back and Stay Tune! SST: Simpan resit kesan kenaikan harga tidak adil, kata menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SST: Simpan resit kesan kenaikan harga tidak adil, kata menteri

 | August 20, 2018
Saifuddin Nasution berkata, resit merupakan bukti sahih yang boleh membantu kementerian mengambil tindakan ke atas peniaga degil.
Saifuddin berkata, peniaga beretika perlu mengeluarkan resit kepada pembeli, dan 
pembeli pula perlu menyimpannya sebagai bukti sekiranya berlaku apa-apa pertikaian
 selepas pembelian dibuat.
GEORGE TOWN: Seorang menteri hari ini mengalu-alukan cadangan persatuan pengguna supaya orang awam menyimpan resit pembelian bagi mengesan kenaikan harga tidak adil selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memuji idea Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa rakyat Malaysia mengamalkan budaya resit bagi menyekat amalan salah peniaga.

Beliau berkata, peniaga beretika perlu mengeluarkan resit kepada pembeli, dan pembeli pula perlu menyimpannya sebagai bukti sekiranya berlaku apa-apa pertikaian selepas pembelian dibuat.
“Menyimpan resit anda boleh membantu kami mengambil tindakan ke atas peniaga yang menaikan harga secara tidak adil. Resit merupakan bukti sahih tentang harga yang dibayar dan boleh digunakan terhadap peniaga degil.
“Kementerian menyokong apa-apa langkah bagi membantu mengesan pengenaan harga terlampau tinggi dan kami mengucapkan terima kasih kepada CAP atas cadangan idea itu,” katanya kepada FMT.

Presiden CAP SM Mohamed Idris menggesa pengguna mula menyimpan resit pembelian mereka sebelum pelaksanaan SST 1 September depan bagi menyekat amalan pencatutan.
Beliau juga mencadangkan kementerian mewujudkan pangkalan rondaan di pasar popular bagi membolehkan pengguna membuat aduan sebaik sahaja mereka mengesan kenaikan harga yang tidak munasabah.

Idris berkata pangkalan rondaan juga akan mengingatkan peniaga bahawa tindakan boleh diambil jika mereka menaikkan harga secara tidak adil.
SST dijadualkan berkuatkuasa pada 1 September ini. Rang undang-undang cukai tersebut diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 7 Ogos lepas dan kini menunggu persetujuan Dewan Negara. Kadar cukai baru itu ditetapkan pada 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan.

SST dikenakan ke atas 38% barangan dan perkhidmatan indeks harga pengguna, berbanding 60% di bawah cukai barangan dan perkhidmatan sebelum ini.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MlOy2N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.