Ini Respon Dari Datuk Aliff Syukri Setelah Ditegur Wardina
Jutawan kosmetik yang juga instafamous, Datuk Aliff Syukri telah ditegur oleh seorang selebriti tanah air yang telah pun berhijrah iaitu Wardina Safiyyah.
Wardina menulis di laman Facebook miliknya bahawa dia kecewa dengan satu video klip yang dimuatnaik di laman IG milik Aliff Syukri.
Video berkenaan merupakan video teaser lagu terbaru Aliff Syukri yang turut disertai oleh Nur Sajat dan juga Lucinta Luna, instafamous dari Indonesia.
Ternyata video yang menampilkan Aliff Syukri bersama Sajat dan Lucinta dikritik hebat kerana pakaian agak terdedah selain pergerakkan yang agak keterlaluan.
Setelah ditegur oleh Wardina, Datuk Aliff Syukri tampil memberi respon balas dan memberi sebab kenapa dia buat demikian.
Jom baca kenyataan balas dari Aliff Sykri:
TERIMA KASIH MENEGUR
"Jangan salah kan orang lain #bobodimana
"Terima kasih kak Dina. Terima kasih atas teguran dan kasih sayang kak dina kepada saya dan isteri. Ya saya akui kesilapan saya dan apa yang kak dina cakap itu saya terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yang telah termaktub dalam kontrak.
HANYA IKUT PRODUKSI
"Sebenarnya dalam clip promo lirik video dan teaser tu ada lebih dari 15 orang yang terlibat dan saya tidak memegang mereka langsung dan produksi indonesia juga memperuntukkan 2miliar rupiah untuk full muzik video dimana semua konsep dari mereka. dan saya sebagai talent artis dari label indonesia hanya mengikut sahaja.
JANGAN BERI TEKANAN PADA ISTERI
"Jadi kepada semua harap memahami saya juga dan jangan memberi tekanan kepada wife saya sebab ia mengundang masalah yang lebih berat.... dalam perkara ini... saya ada beberapa tuntutan kerja yang saya perlu lunaskan untuk lagu ni..
IZINKAN SAYA LUNASKAN KERJA
"Sewaktu di offer saya terlalu gembira kerana saya ingin dikenali di indonesia... saya amat hargai teguran semua orang... walau siapapun selagi tidak ada kata-kata kesat dan maki hamun inyallah saya terima.. izinkan saya lunaskan kerja-kerja saya.. insyallah lepas ni saya jadi host program masakan di malaysia dan program kewanitaan tidak lama lagi.
Itulah jawapan dari pihak Datuk Aliff Syukri tentang isu ini. Jutawan ini akui dirinya salah dan telahpun memohon maaf.
Aliff Syukri menyatakan dia hanya mengikut sahaja kehendak pihak produksi dari negara jiran itu.
Katanya, dia terlalu gembir kerana meneima tawaran untuk membuat lagu itu, kerana dia ada berhasrat untuk menjadi popular di negara Indonesia.
Aliff Syukri juga berharap mana-mana pihak jangan melibatkan isterinya kerana hal ini. -PENMERAH
Sumber: IG ALIFF SYUKRI
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PktK9P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment