Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cip Intel Generasi Ke-9 Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Oktober Kelak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cip Intel Generasi Ke-9 Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Oktober Kelak

Intel kini diperkatakan mungkin hadir dengan cip pemprosesan generasi terbaru mereka, iaitu cip generasi ke-9 menjelang bulan Oktober kelak. Cip pemprosesan terbaru daripada Intel ini kelak dijangka turut hadir dengan pilihan lapan teras, selain kuasa pemprosesan lebih tinggi.

Desas-desus baru ini hadir daripada WCCFTech, mengatakan Intel bakal memperkenalkan cip Intel Core i9, Core i7 dan i5 generasi ke-9 pada 1 Oktober 2018 kelak. Cip pemprosesan ini dijangka akan kekal menggunakan rekaan berasaskan 14nm.

Cip Intel Core i9-9900K dijangka akan menjadi cip pemprosesan paling berkuasa dengan kuasa pemprosesan mencapai 3.6Ghz, selain kebolehan boost sehingga 4.7Ghz. Ia ditujukan kepada pengguna yang inginkan pemprosesan berkuasa tinggi dan bagi para peminat lewahjam.

Sementara untuk pengguna umum, cip pemprosesan berkuasa dijangka adalah Core i7-9700K yang turut membawakan rekaan lapan teras dengan kuasa pemprosesan sehingga 3.6Ghz. Untuk cip Core-i5, Intel dijangka menawarkan rekaan enam teras dengan enam bebenang.

Sekiranya tepat Intel melancarkannya pada awal Oktober ini, kita mungkin akan dapat melihat ia ditawarkan melalui sejumlah komputer tidak lama selepas itu.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Intel melalui cip generasi baru mereka kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2B5MHdd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.