Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jumpa bukan sokong perjuangan transgender - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jumpa bukan sokong perjuangan transgender

Sinar Harian
Jumpa bukan sokong perjuangan transgender
Mujahid ketika sidang media selepas Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-27 di Kuala Kubu Bharu.
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA KUBU BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof menegaskan pertemuan dengan aktivis transgender tidak membawa maksud beliau menyokong perjuangan golongan tersebut.
Sebaliknya menurut beliau, fokus utamanya bersama Jakim kini adalah kepada usaha mengeluarkan golongan itu daripada industri seks.

Katanya, pertemuan beliau kelmarin lebih banyak menyentuh mengenai penghayatan agama termasuk soal solat individu transgender ketika di masjid.
"Itulah sebabnya kalau tak berjumpa, macam mana nak tahu dan kalau tanya saya, macam mana saya nak bercerita.

"Saya hanya berjumpa dengan kelompok transgender sahaja, dan saya bertanya kepada mereka bagaimana mereka pergi solat di masjid?.
"Kalau ke masjid, mereka akan berpakaian seperti seorang lelaki dan dalam konteks mereka lelaki, sudah pasti mereka layak mendapat layanan seperti jemaah lelaki lain,"katanya selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-27 di Kuala Kubu Bharu.

Mujahid berkata, beliau menjelaskan berkemungkinan tersalah cakap berkenaan isu bilik air yang dibangkitkan pada pertemuan tersebut dengan menegaskan kenyataan tersebut tidak membawa maksud golongan transgender boleh memasuki tandas wanita.

Menurutnya, kenyataan beliau merujuk kepada terdapat perkara lain di sebalik isu bilik air itu maka perbincangan perlu dilakukan bagi mencari penyeles
"Islam adalah agama rahmatan lil 'alamin maka takkan kita nak menafikan hak mereka khusus dalam soal ibadat.

"Dan yang paling penting saya berbincang dengan dia (transgender) malah di peringkat Jakim juga sedang fikir macam mana nak keluarkan mereka daripada industri seks.
"Sebab mereka didiskriminasikan di tempat lain dan akhirnya mereka buat kerja ini (seks).. salah siapa? Mereka sendiri sudah bersetuju (keluar dari industri seks) jika ada pihak yang sedia membantu,"katanya.

Mujahid berkata, perkara itu adalah tanggungjawab Jakim dan pertemuan bersama kelompok transgender tidak membawa maksud beliau menyokong perjuangan golongan terbabit.
Justeru, beliau berharap masyarakat tidak terlalu stereotaip kerana hanya akan memburukkan lagi keadaan.
"Lesbian gaya bisex (LGB) tidak termasuk dalam saya punya book (buku) lagi, saya hanya bercakap tentang transgender.

"Ada kes mereka dipukul di penjara, ditangkap dan diaibkan, ini tidak boleh berlaku sedangkan ada undang-undang dan dalam Islam, kita tidak boleh biarkan benda jni berlaku," katanya.
Menurut Mujahid, tiada sebarang undang-undang dikenakan ke atas lelaki yang berpakaian wanita kecuali dipercayai untuk tujuan atau berada di tempat yang tidak bermoral



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MdNy0E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.