Jawapan Padu Mufti Perlis, Dr Maza Tentang Transgender Masuk Tandas
Mufti Perlis iaitu Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin atau Dr Maza tampil memberi respon tentang isu transgender akan masuk tandas lelaki ataupun tandas wanita.
Ianya bermula apabila hangat diperkatakan tentang isu ini apabila ada wartawan bertanya kepada menteri Dr Mujahid tentang bolehkah golongan ini masuk ke tandas wanita.
Isu ini terus dibahaskan orang ramai terutama kaum wanita yang rata-rata sebulat suara tidak mahu golongan ini masuk ke tandas wanita.
Akhirnya Mufti Perlis ini memberi respon tentang isu ini.
Ini jawapan Dr Maza:
KEKELIRUAN GENDER MEMBAWA KEPADA KEKELIRUAN TANDAS
"Ramai betul yang bertanya saya soalan mengenai tandas mana LGBT patut masuk? Entah mengapa tiba-tiba soalan seperti ini pun boleh muncul? Nampaknya, kekeliruan gender membawa kepada kekeliruan tandas.
"Saya ingin mencadangkan jika kekeliruan ini terjadi kepada mana-mana individu, disyorkan dia berjumpa pakar untuk memeriksa dirinya semasa dia membuang air kecil di saluran mana air itu keluar. Jika ia keluar melalui alat suIit lelaki, silalah ke tandas lelaki. Jika keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas wanita.
"Jika tidak keluar langsung, ataupun keluar tidak melalui alat suIit lelaki ataupun wanita, silalah ke hospital. Jika doktor kata anda cacat, bolehlah ke tandas orang kurang upaya (OKU).
"Jika tiada kemampuan menemui pakar, rasanya diri sendiri pun boleh memeriksa alat kemaIuan sendiri.
Pendapat Dr Maza ini ditulis di laman FB miliknya awal pagi tadi. Status Dr Maza ini mendapat reaksi pelbagai dari para netizen. -PENMERAH
Sumber: FB Dr Maza
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2nx2eJh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment