Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyanyi Azreen Manan Kritikal, Banyak Organ Gagal Berfungsi.. Sama-Sama Doakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyanyi Azreen Manan Kritikal, Banyak Organ Gagal Berfungsi.. Sama-Sama Doakan


Penyanyi popular di zaman 1990-an iaitu Azreen Manan kini sedang bertarung dengan penyakit cervical cancer stage 4 (kanser serviks tahap empat).

Kisah nya mula diceritakan pada bulan Februari yang lalu apabila rakan artis seperti Erra Fazira, Ummi aida dan Betty Benafe datang melawatnya di hospital.




Azreen Manan dilaporkan menghidapi cervical cancer sejak 2 tahun lalu dan pernah membuat operation untuk membuang ovari.

Namun, penyakit itu kembali menyerang pada awal tahun lalu selepas dia mengadu sakit pada bahagian kaki. Azreen Manan kemudian menjalani pembedahan kedua pada Mac lalu.



PERKEMBANGAN TERBARU AZREEN MANAN


Dalam perkembangan terbaru, Azreen Manan kini dikatakan berada dalam keadaan kritikal di Institut Kanser Negara (IKN).

Azreen Manan dimasukkan ke hospital ini sejak hari Sabtu lepas. Perkara ini disahkan oleh suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Shah.

Kata Shah, keadaan kesihatan Azreen Manan semakin merosot sejak seminggu lalu sebelum dirujuk kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ini kenyataan dari suami Azreen Manan:

KEADAAN AZREEN MANAN MEROSOT MINGGU LEPAS


"Sejak seminggu lalu keadaan Azreen agak merosot tetapi semalam (Sabtu) ibu mertua memaklumkan keadaannya tidak stabil.

"Saya kebetulan berada di luar kawasan terus menghubungi IKN dan pulang ke Kuala Lumpur dan terus membawanya ke sini," 



ORGAN AZREEN MANAN GAGAL BERFUNGSI


"Dia makan banyak kerana nak badan naik macam dahulu tapi tetap kurus kerana makanan itu sudah tidak diproses dan diserap.

"Doktor beritahu banyak organ gagal berfungsi,"


AZREEN MANAN KUAT SEMANGAT


"Doktor sudah beri tempoh jangka hayatnya tapi dia tidak tahu dan sehingga sekarang dia masih berjuang untuk sembuh.

"Dia masih boleh bercakap, kenal orang dan ajak saya untuk pergi bercuti jika dia sembuh nanti" 


Dalam pada itu, Shah berkata, dia bersedia dengan segala kemungkinan kehilangan isterinya itu.



Ketika di zaman kegemilangan, pada usia 16 tahun, Azreen Manan telah menamatkan zaman bujangnya dengan berkahwin dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993.

Hasil perkahwinan, mereka mendapat sepasang anak yang kini berusia 24 tahun dan 21 tahun.

Namun, Azreen Manan telah berpisah dengan Tengku Intan, dan telah berkahwin lain.

Azreen Manan pernah mendapat tempat ketiga semasa mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992 di Jepun yang mana dalam acara itu, Indonesia, diwakili Krisdayanti mendapat tempat pertama. -PENMERAH

Sumber: mStar



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2nzeb18

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.