Telefon Terbaik Di Bawah RM2000 (Pertengahan 2018)
Bagi anda yang sedang mencari peranti baru, di sini kami ingin membantu anda untuk membuat pilihan peranti terbaik yang anda boleh miliki pada bajet tertentu. Sebelum ini, kami telah menyenaraikan telefon terbaik pertengahan 2018 di bawah RM500, di bawah RM750, di bawah RM1000, di bawah RM1500, dan kini tiba giliran peranti di bawah RM2000.
Untuk segmen di bawah RM2000, peranti yang disenaraikan selalunya terdiri daripada peranti bersifat lifestyle, namun hadir dengan cip pemprosesan kelas flagship. Jadi anda akan dapati, telefon di dalam harga ini akan lebih mengutamakan rekaan yang menarik, keupayaan kamera dengan AI, hadir dengan prestasi yang tinggi, bersama masa penggunaan peranti sepanjang hari.
Kami telah memilih beberapa peranti yang berbaloi dimiliki pada harga ini, yang mana dinilai berdasarkan peranti yang mampu memberikan pengalaman penggunaan terbaik.
Kriteria Pemilihan
- Penawaran memori minimum 4GB RAM.
- Hadir dengan cip pemprosesan berkelas flagship.
- Menawarkan resolusi skrin Full HD+.
- Hadir dengan rekaan skrin bingkai nipis.
- Didatangkan dengan fungsi pengecasan pantas dan USB-C.
Selain itu, kesemua telefon yang dipilih di dalam artikel ini adalah berdasarkan harga rasmi daripada pengeluar dan bukannya mengikut harga yang diolah oleh kedai. Jadi tanpa membuang masa lagi, berikut adalah senarai telefon terbaik pertengahan 2018 yang anda boleh dapat di bawah RM2000.
06
Honor 10
Honor 10 membawakan sebuah peranti yang cukup elegan, dengan kilauan dua warna berbeza pada binaan berasaskan kaca. Ia menawarkan prestasi yang pantas melalui cip Kirin 970 dengan NPU, keupayaan kamera 16MP + 24MP dengan sokongan AI, dan mempunyai kamera hadapan yang menawan melalui sensor 24MP. Ia juga hadir dengan binaan kompak melalui saiz skrin 5.84-inci, mempunyai sokongan IR blaster (untuk menjadikan peranti sebagai alat kawalan jauh), dan hadir dengan Honor SuperCharge untuk sokongan pengecasan pantas.
Cuma kekurangan pada peranti ini, ia tidak menawarkan slot kad microSD, namun anda boleh memanfaatkan storan dalaman 128GB berasaskan UFS 2.1. Selain itu, Honor 10 hanya didatangkan dengan satu variasi sahaja iaitu 4GB RAM, dan tidak hadir dengan pilihan 6GB RAM seperti peranti sekelasnya yang lain.
Spesifikasi:
- 5.84” IPS LCD FHD+ 19:9
- HiSilicon Kirin 970
- 4 x A73 2.4 GHz, 4 x A53 1.8 GHz
- 4GB RAM / 128GB
- 16MP f/1.8 + 24MP f/1.8 / 24MP f/2.0
- Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC, IR blaster
- Pembesar suara mono
- 3400 mAh, USB-C, Honor SuperCharge
- Android 8.1 / EMUI 8.1
Harga: RM1599 (4GB RAM + 128GB)
05
Honor View 10
Honor View 10 dilihat membawa penawaran seumpama Honor 10, namun direka untuk penggunaan yang lebih intensif terutama untuk kegunaan permainan. Ia dilengkapi dengan memori 6GB RAM, skrin lebih besar, dan kapasiti 3750 mAh yang cukup memberi kepuasan untuk keperluan gaming anda. Ia juga mempunyai keupayaan kamera dengan AI, sokongan IR blaster, dan fungsi pengecasan pantas Honor SuperCharge untuk menyingkatkan masa pengecasan peranti.
Cuma kekurangan pada peranti ini, rekaannya hadir dengan binaan logam, yang dilihat kurang menarik apabila dibandingkan dengan binaan kaca pada peranti sekelasnya. Namun binaan logam ini hanyalah kekurangan dari segi kosmetik, yang mana kelebihannya mampu meningkatkan ketahanan peranti. Binaan logam juga mampu mengurangkan kekotoran pada peranti apabila dibandingkan dengan binaan kaca.
Spesifikasi:
- 5.99” LTPS LCD FHD+ 18:9
- HiSilicon Kirin 970
- 4 x A73 2.4 GHz, 4 x A53 1.8 GHz
- 6GB RAM / 128GB + microSD
- 16MP f/1.8 + 20MP / 13MP f/2.0
- Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC, IR blaster
- Pembesar suara mono
- 3750 mAh, USB-C, Honor SuperCharge
- Android 8.0 / EMUI 8.0
Harga: RM1789 (6GB RAM + 128GB)
04
Huawei nova 3
Huawei nova 3 menawarkan sebuah peranti lifestyle yang cukup unik kerana ia pertama kali membawa cip Kirin 970 dalam siri Nova ini. Ia juga menawarkan memori setinggi 6GB RAM dan storan 128GB berasaskan UFS 2.1, yang menariknya boleh dipertingkatkan melalui kad microSD. Keupayaan kameranya juga turut dipertingkatkan dengan AI, selain membawa sokongan dwi-kamera hadapan untuk meningkatkan mutu Portrait Mode pada selfie. Seperti Honor View 10, ia menawarkan kapasiti bateri 3750 mAh bersama fungsi pengecasan pantas Huawei QuickCharge.
Cuma kekurangan pada peranti ini, ia tidak dilengkapi dengan sokongan IR blaster seperti yang ditawarkan pada Honor 10 dan Honor View 10. Walaupun ia kekurangan kecil, fungsi ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengawal perkakasan elektrik anda apabila anda tidak mempunyai akses kepada alat kawalan jauh.
Spesifikasi:
- 6.3” IPS LCD FHD+ 19.5:9
- HiSilicon Kirin 970
- 4 x A73 2.4 GHz, 4 x A53 1.8 GHz
- 6GB RAM / 128GB + microSD
- 16MP f/1.8 + 24MP f/1.8 / 24MP f/2.0 + 2MP
- Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
- Pembesar suara mono
- 3750 mAh, USB-C, Huawei QuickCharge
- Android 8.1 / EMUI 8.2
Harga: RM1899 (6GB RAM + 128GB)
03
Xiaomi Mi MIX 2s
Siri Xiaomi Mi MIX telah berjaya menarik perhatian ramai dengan rekaan skrin sepenuhnya tanpa perletakkan takuk. Kini ia telah memasuki iterasi ketiga menerusi Xiaomi Mi MIX 2s, dengan peningkatan prestasi dan fungsi tambahan berbanding iterasi kedua Mi MIX 2. Mi MIX 2s membawakan cip pemprosesan terpantas untuk Android hari ini iaitu Snapdragon 845, hadir dengan sokongan dwi-kamera bersama keupayaan zoom optikal, dan satu-satunya peranti yang menawarkan Qi Wireless Charging dalam senarai ini.
Cuma kekurangan pada peranti ini, kedudukan kameranya kurang praktikal untuk kegunaan aplikasi pihak ketiga, yang mana tidak boleh diputarkan sewaktu dalam aplikasi. Ia juga masih menyajikan kamera hadapan 5MP, yang dilihat tidak mampu mendandingi keupayaan selfie apabila dibandingkan dengan peranti pesaingnya.
Spesifikasi:
- 5.99” IPS LCD FHD+ 18:9, DCI-P3, HDR
- Qualcomm Snapdragon 845
- 4 x Kyro 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kyro 385 Silver 1.8 GHz
- 6GB RAM / 64GB
- 12MP f/1.8 OIS + 12MP f/2.4 / 5MP f/2.0
- Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
- Pembesar suara stereo
- 3400 mAh, USB-C, Qi Wireless, Qualcomm Quick Charge 3.0
- Android 8.0 / MIUI 9
Harga: RM1999 (6GB RAM + 64GB)
02
Xiaomi Mi 8
Xiaomi telah melangkaui penjenamaan Mi 7 kepada Mi 8 bersempena dengan ulang tahun Xiaomi yang ke-lapan. Peranti menawarkan perbezaan yang ketara dengan Mi 6, yang kini menawarkan rekaan bertakuk bersama perletakkan kamera belakang secara menegak. Beberapa fungsi telah dinaiktaraf berbanding iterasi sebelumnya seperti cip Snapdragon 845 yang lebih pantas, keupayaan kamera dengan AI, dan hadir dengan pengecasan pantas Quick Charge 4.0+. Ia juga dilengkapi dengan dual GPS module, sokongan imbasan wajah berasaskan inframerah, dan menawarkan skrin berasaskan AMOLED.
Cuma kekurangan pada peranti ini, ia tidak lagi menampilkan IR blaster, sekaligus tidak membolehkan anda mengawal perkakasan elektrik melalui peranti ini. Ia juga masih tidak menawarkan slot kad microSD, disamping memerlukan adapter USB-C ke 3.5mm untuk menyambung ke aksesori audio pilihan anda.
Spesifikasi:
- 6.21” AMOLED FHD+ 18.7:9, DCI-P3, HDR
- Qualcomm Snapdragon 845
- 4 x Kyro 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kyro 385 Silver 1.8 GHz
- 6GB RAM / 64GB
- 12MP f/1.8 OIS + 12MP f/2.4 / 20MP f/2.0
- Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
- Pembesar suara mono
- 3400 mAh, USB-C, Qualcomm Quick Charge 4.0+
- Android 8.1 / MIUI 9
Harga: RM1599 (6GB RAM + 64GB)
01
ASUS ZenFone 5Z
ASUS ZenFone 5Z menduduki tempat pertama di dalam senarai ini kerana ia memberi penawaran fungsi dan spesifikasi paling seimbang berbanding peranti di atas. Ia menyajikan rekaan yang cukup menawan melalui binaan berasaskan kaca, hadir dengan cip Snapdragon 845 dengan pengoptimasian AI boost, penggunaan skrin yang menyokong warna DCI-P3, bersama storan dalaman 128GB UFS 2.1.
Apa yang menarik lagi, ia juga menampilkan penggambaran wide-angle menerusi sensor kedua, menawarkan pembesar suara stereo, dan hadir dengan sokongan High-Res audio untuk kebolehan memainkan audio berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga mengekalkan slot kad microSD dan earphone jack 3.5mm iaitu fungsi yang sudah dihilangkan pada kebanyakan peranti yang dijana dengan cip Snapdragon 845.
Spesifikasi:
- 6.2” IPS LCD FHD+ 19:9, DCI-P3
- Qualcomm Snapdragon 845
- 4 x Kyro 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kyro 385 Silver 1.8 GHz
- 6GB RAM / 128GB + microSD
- 12MP f/1.8 OIS + 8MP f/2.0 / 8MP f/2.0
- Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
- Pembesar suara stereo, sokongan High-Res audio
- 3300 mAh, USB-C, Power Delivery 3.0
- Android 8.0 / ZenUI 5.0
Harga: RM1899 (6GB RAM + 128GB)
Jadi itulah peranti terbaik pertengahan 2018 yang anda boleh dapati di bawah RM2000. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vGsh5i
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment