Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes RM18 bilion bukan tohmahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes RM18 bilion bukan tohmahan

Sinar Harian
Kes RM18 bilion bukan tohmahan
Kor Ming (lima, kanan) menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Pusat Khidmat Parlimen Ipoh Timur.
(Ubah saiz teks)
IPOH - Kerajaan tidak bermaksud membuat tohmahan terhadap mana-mana pihak berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, pendedahan dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu bagi membolehkan siasatan lebih telus dan terbuka.

Menurutnya, tuntutan cukai input bagi GST yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga berkenaan tidak boleh dianggap remeh kerana bakal menjejaskan aliran wang tunai syarikat dan berkemungkinan menyebabkan pengoperasian sesebuah kilang bankrap.

Kita tidak membuat tohmahan, tetapi adalah baik jika pihak berkuasa yang ambil tindakan.
"Ini melibatkan wang rakyat yang tidak boleh diguna pakai untuk tujuan lain, sewajarnya mereka yang terlibat tunjukkan (bukti) dan berikan jawapan yang adil kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Ipoh Timur di Jalan Pasir Puteh, malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, dengan laporan polis yang dibuat, Khamis lalu, pihaknya berharap satu siasatan lanjut dilakukan polis termasuk merekod kenyataan bekas menteri kewangan yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, mengikut takrifan peruntukan undang-undang dibawah Akta Tatacara Kewangan 1957, wang terbabit sekiranya digunakan bagi tujuan lain selain bayaran semula kepada peniaga, boleh dianggap sebagai pecah amanah.
"Kita serah kepada undang-undang, siapa yang bertanggungjawab perlulah dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-undang Cukai  Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, Rabu lalu mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 billion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu.

Rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia pula mengesahkan daripada jumlah tunggakan itu, sebanyak RM9.2 bilion atau 47 peratus adalah bagi tahun ini; RM6.8 bilion (35 peratus) 2017; RM2.8 bilion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (tiga peratus) pada 2015.
Baki semasa dalam Tabung Bayaran Balik hanya RM1.49 bilion, sekali gus memperlihatkan kekurangan kira-kira RM18 bilion.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2w2eaGR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.