Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tak perlu urus stok dan penghantaran” – Bisnes apa ini? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tak perlu urus stok dan penghantaran” – Bisnes apa ini?

Semakin ramai guna media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan macam-macam lagi sebagai platform untuk pasarkan produk mereka.

Dan boleh korang rajin, memang boleh masyuk.

Siap ada yang dah untung puluh ribu Ringgit sebulan. Yang korang pulak, sanggup ke tengok saja?

Tenang. Kalau terfikir nak cari duit lebih dan buat ‘duit tepi,’ ada satu idea Tok nak kongsikan kat korang kejap lagi.

Tambah pulak, korang tak perlu nak pening kepala uruskan stok dan penghantaran. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan bacaan.

Hanya perlu tumpu perhatian kat 2 perkara

Sumber gambar – managementhelp.org

Bisnes ‘duit tepi’ yang Tok maksudkan tu, adalah dropship. Tok yakin korang mesti pernah dengar perkataan ni.

Dropship adalah satu bentuk perniagaan, di mana korang berfungsi sebagai orang tengah.’  Korang hanya perlu pasarkan produk, ambil pesanan dan hantar ke HQ untuk uruskan bab penghantaran.

Itu saja. Bermakna, korang tak payah pening kepala nak jaga stok atau uruskan bab penghantaran barang kepada pelanggan. Mudah, kan?

Korang hanya perlu tumpu perhatian kat bab marketing (pemasaran) dan juga copywriting (menulis ayat iklan).

Kenapa Tok sarankan bisnes ni? Jemput baca 3 sebab kat bawah ni:

#1: Bisnes permulaan, yang tak perlu banyak modal

Sumber gambar – VideoBlocks

Antara sebab ramai orang buat bisnes dropship ni, korang tak perlu keluarkan modal yang banyak. Cuma wajib ada smartphone dan kuota Internet saja. Ada laptop? Lagi bagus!

Dan nak mula, pun mudah. Korang cuma perlu apply dekat mana-mana stokis atau syarikat produk yang berdaftar sebagai perniagaan dropship.

Kalau dekat Facebook sekarang ni, Tok perasan ramai juga usahawan muda yang tawarkan peluang kat anak-anak muda. Terutama sekali golongan pelajar yang nak jana pendapatan tambahan.

Pada Tok, ini peluang yang tak patut korang lepaskan. Tapi sebelum apa-apa, pastikan korang ada ‘kata kunci’ yang betul dulu.

Maksud Tok, korang kena tahu apa produk yang nak dijual terlebih dulu.

Contoh, katakan korang nak jual ubat kuat. Korang boleh search (buat carian) dalam Facebook. Kalau jumpa page mereka, pasti ada tawaran peluang menjadi ejen.

Pengusaha tempatan, lebih senang pasarkan produk dan luaskan jaringan perniagaan mereka. Dan kuncinya adalah ejen.

Korang mesti dah nampak peluang menjana pendapatan, kan? Tunggu dulu. Tok tak habis lagi.

#2: “Bisnes dropship, bisnes yang berisiko tinggi?”

Bisnes mana yang langsung tak ada risiko, kan?

Tapi buat korang yang baru nak mulakan bisnes, ini antara pilihan yang rendah risiko. Sebabnya, korang hanya sebagai orang tengah (yang pasarkan produk) saja.

Kalau ada masalah dengan produk, pelanggan akan cari HQ. Bukan korang.

Tambah lagi, sekarang ni banyak kes penipuan dan produk merbahaya, kan? Jadi, korang kena buat kajian dulu sebelum nak bermula. Kalau produk tu terbukti selamat dan berkesan, korang tak perlu risau apa pun.

Satu lagi. Bisnes ni jugak kurang berisiko sebab pembeli tak kenal korang, dan korang jugak tak kenal pembeli. Kat sini, isu gangguan seksual dapat dielakkan, selain keselamatan korang terjamin.

#3: Boleh bekerja hanya dari rumah?

Sumber gambar – ExpertBeacon

Ini salah satu kerja dalam dunia ni, yang tak perlukan korang pakai baju kemeja lengkap dengan tali leher, dan punch card masuk office bagai.

Korang boleh cakap Tok tak logik. Tapi sambil tengah baring pun, korang boleh buat bisnes ni.

Cuma, kena la pastikan korang alert dengan pesanan atau mesej yang pelanggan hantar. Jangan pula pelanggan tanya hari ni, esok baru balas. Itu nama dia cari nahas.

Ada pesanan, terus proses. Bagi maklumat pembeli kat HQ, nombor bank pelanggan, alamat, dan segala yang diperlukan.

Bab komisyen pulak, korang akan dapat secara mingguan atau bulanan. Yang ni, bergantung kat perjanjian antara korang dan syarikat produk tu.

Lagi rajin korang promosikan produk korang, lebih cerah peluang korang untuk buat duit. Nampak?

#4: Apa bisnes dropship paling masyuk, Tok?

Antara yang Tok perasan sekarang ni, macam bisnes tudung, beg, baju, kasut, barangan solekan, dan macam-macam lagi. Yang ni untuk barangan perempuan.

Kalau barang lelaki, pun banyak jugak. Korang boleh pilih untuk jual kasut sukan, clutch, pomade (minyak rambut), dan sebagainya.

Barangan yang berorientasikan jantina ni, adalah barangan yang lebih banyak mendapat perhatian pengguna.

Tapi, tak bermaksud barangan kegunaan domestik tak ada. Cuma tak sehebat sambutan barangan yang Tok sebutkan mula-mula tadi.

Dropship adalah bisnes yang Tok sarankan kat korang. Terutama sekali untuk golongan pelajar, sebab modal permulaan tak banyak.

Dan terima kasih kat Internet, lebih mudah dan banyak peluang korang untuk buat duit.

Tak ada dah alasan untuk korang malas nak jana pendapatan tambahan. Kalau jadi jugak, bukan atas sebab lain. Itu sebab korang sendiri yang malas.

The post “Tak perlu urus stok dan penghantaran” – Bisnes apa ini? appeared first on Gila Hartanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2w0YhAH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.