GrabPay Credits – Ke Arah Masyarakat Nirtunai Dan Nikmati Pelbagai Ganjaran Menarik
Transaksi pembelian secara nirtunai semakin mendapat sambutan di Malaysia dan penggunaan aplikasi dompet digital merupakan satu alternatif bagi trend ini. Umum mengetahui yang mana Grab juga merupakan salah satu syarikat yang menyokong ciri dompet digital ini dan mereka sangat inovatif dalam melengkapkan gaya penggunaan dompet digital dengan kehidupan seharian pengguna. Hal ini kerana mereka telah mengemaskini ciri GrabPay daripada hanya menghubungkan kad kredit dan kad debit pada aplikasi Grab sahaja, kepada beberapa ciri baru yang sangat efektif untuk transaksi harian.
Kemaskini ciri GrabPay adalah termasuk tambah nilai GrabPay Credits. Ciri ini membolehkan pengguna untuk menikmati pelbagai servis daripada Grab seperti tempahan perjalanan Grab rides, penghantaran makanan GrabFood dan juga pembayaran di kedai, dengan membayar menggunakan telefon pintar sahaja. Lebih daripada 800 kedai-kedai di Malaysia menyokong pembayaran di kaunter mereka menggunakan GrabPay Credits. Antaranya di kawasan Lembah Klang, Penang, Johor Bahru, Ipoh, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuantan. Antara kedai-kedai yang menyokongnya adalah Tealive, KGB, Inside Scoop dan banyak lagi dan pengguna boleh menikmati promosi diskaun daripada kedai-kedai yang tersenarai tersebut.
Untuk membuat transaksi pembelian nirtunai ini, pengguna perlu menambah nilai GrabPay Credits terlebih dahulu. Untuk menambah nilai, pengguna perlu sentuh pada ikon huruf G pada bahagian penjuru kanan atas skrin apabila pengguna membuka halaman utama aplikasi Grab, dan pilih butang Top Up. Kemudian, pengguna boleh memilih cara untuk menambah nilai sama ada di In-Store yang menggunakan wang tunai, Cards and Wallets (kad kredit atau kad debit) atau menggunakan Online Banking (perbankan atas talian).
Sekiranya pengguna memilih untuk menambah nilai di In-Store, pengguna boleh memasukkan amaun yang ingin ditambah nilai dan pilih cara pembayaran, sentuh pada pilihan 7Eleven, dan butang Submit. Satu resit pembayaran dan barcode akan terpapar pada skrin dan juruwang di 7Eleven perlu mengimbas barcode tersebut untuk menjayakan proses menambah nilai ini.
Proses untuk menambah nilai menggunakan kad kredit, kad debit dan perbankan atas talian juga amat mudah dimana pengguna hanya perlu mengikut arahan dan mengisi maklumat yang diperlukan dan baki Grab Pay Credits pengguna akan terpapar setelah pengguna selesai menambah nilai.
Untuk membuat pembayaran di kedai pula, kaedah Scan and Pay digunakan dimana pengguna hanya perlu memilih butang Pay di halaman utama GrabPay, kemudian kamera pada aplikasi tersebut akan diaktifkan untuk mengimbas kod QR di kedai tersebut. Untuk mengetahui sama ada transaksi daripada GrabPay ini berjaya, informasi berkenaan pembelian tersebut akan terpapar di aplikasi dan ianya boleh digunakan sebagai e-resit.
Dengan adanya solusi dompet digital ini, kita dapat lihat yang mana alternatif ini dapat memudahkan pengguna untuk membuat pembelian, dengan hanya mengimbas kod QR pada sebarang kedai yang menerimanya dan pengguna tidak perlu membawa dompet dan bersusah payah mencari ATM apabila kekurangan wang tunai.
Dengan menggunakan ciri GrabPay ini, setiap Ringgit ditransaksi akan memberikan sehingga 20 mata GrabRewards dan ianya boleh ditebus sekiranya cukup untuk mendapatkan beberapa promosi menarik seperti diskaun untuk perkhidmatan makanan, hiburan dan juga Grab rides. Dengan ciri yang baru ini kita boleh lihat dimana ia amat menguntungkan dan menjimatkan berbanding membuat pembayaran secara tunai.
GrabPay ini selamat digunakan kerana setiap maklumat peribadi pengguna dan transaksi pembayaran telah disulitkan dan dikawal oleh enjin pengesanan penipuan (fraud detection engine) setiap masa. Pada ciri ini juga, setiap transaksi pengguna akan direkodkan dan boleh disemak semula di bahagian senarai transaksi yang dinamakan sebagai Recent Activity yang terletak dihalaman utama GrabPay.
Kita dapat lihat yang mana ciri baru pada aplikasi Grab ini telah memudahkan orang ramai untuk melakukan pelbagai transaksi harian walaupun tidak mempunyai sebarang wang tunai di tangan. Inovasi daripada Grab untuk ciri GrabPay Credits ini dilihat sangat mudah untuk dilakukan dalam membuat transaksi harian kita.
Buat masa sekarang, lebih daripada 800 kedai di seluruh Malaysia sudah menyokong ciri pembayaran melalui GrabPay ini dan dijangka akan bertambah dari hari ke hari. Ciri GrabPay Credits yang baharu ini boleh didapati selepas pengguna mengemaskini aplikasi Grab mereka pada peranti-peranti Android dan iOS.
Kemaskini: Aplikasi Grab Untuk iOS
Kemaskini: Aplikasi Grab Untuk Android
Penafian: Advertorial Dari Grab
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Mk7dew
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment