Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ulasan: Xiaomi Mi A2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ulasan: Xiaomi Mi A2

Xiaomi Mi A2
Skrin 5.99” IPS LCD
2160 x 1080, 403 ppi
Chipset Snapdragon 660
CPU 4 x Kyro 260 2.2 GHz
4 x Kyro 260 1.8 GHz
GPU Adreno 512
Memori 4GB / 6GB RAM
Storan 64GB / 128GB, tiada slot microSD
Kamera Utama 12MP f/1.75 + 20MP f/1.75, 4K@30fps
Kamera Hadapan 20MP, f/2.2, 1080p@30fps
Sambungan WiFi 802.11 a/b/g/n/ac
Bluetooth 5.0
A-GPS, GLONASS
Jenis Slot SIM Nano-SIM + Nano-SIM
Sistem Android 8.1 Oreo (Android One)
Bateri 3010 mAh, Quick Charge 3.0
Dimensi 158.7 x 75.4 x 7.3 mm
Berat & Ketebalan 166g, 7.3mm
Tempoh Ujian
Peranti
2 minggu

Xiaomi Mi A1 merupakan peranti pertama daripada Xiaomi sebagai percubaan sulung mereka dengan program Android One. Menariknya, hasil penggunaan Android One cukup menjadikan peranti ini popular dalam kalangan peranti Xiaomi, yang mana turut dibantu dengan spesifikasi yang sangat baik melalui harga jualan peranti yang berpatutan. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai sokongan dwi-kamera setaraf flagship, selain menghadirkan sambungan USB-C yang dilihat cukup berbaloi untuk harganya.

Kini selepas setahun pengenalan peranti Android One ini, Xiaomi telah menyambut ulang tahunnya dengan Xiaomi Mi A2, yang dilihat membawa sejumlah pembaharuan terutama dari segi rekaan dan spesifikasi yang lebih menarik. Ia dilengkapi dengan skrin penuh untuk memenuhi trend rekaan masa kini, selain menyajikan pengoptimasian artificial intelligence (AI) pada kameranya.

Dengan penawaran harga bermula RM999, spesifikasi dan fungsi yang didatangkan pada Xiaomi Mi A2 ini dilihat memberi tarikan kepada pengguna, namun bolehkah ia memberi pengalaman peranti yang memuaskan?

Rekabentuk

Xiaomi Mi A2 membawakan sebuah peranti dengan spesifikasi kelas pertengahan premium, seperti kehadiran skrin 5.99-inci Full HD+ dengan nisbah 18:9, cip Snapdragon 660, pilihan memori 4GB/6GB RAM, dan pilihan storan dalaman 64GB / 128GB eMMC 5.1 tanpa sokongan kad microSD. Ia juga membawakan beberapa sambungan terkini seperti Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, IR blaster, bersama kapasiti bateri 3010 mAh.

Dari segi binaannya, Xiaomi Mi A2 mengekalkan binaan berasaskan logam, iaitu binaan yang sama seperti yang terdapat pada Xiaomi Mi A1. Ia turut mengekalkan perletakkan antena pada hujung peranti, yang mana masih kelihatan kemas tanpa sebarang penampakan yang begitu menonjol. Memegang peranti ini masih terasa selesa, namun agak sedikit lincin apabila tidak memakai sebarang aksesori perlindung peranti. Tidak seperti Mi A1, Xiaomi kini memberikan silicon case secara percuma, yang mana disertakan dalam kotak pembelian peranti. Binaan peranti ini juga kelihatan nipis, dengan ketebalan peranti hanya 7.3mm sahaja.

Untuk rekaan di bahagian sisi, ia menempatkan butang pembesar suara dan butang kuasa di bahagian kanan, manakala slot dwi-sim ditempatkan pada bahagian kiri. Walaupun didatangkan dengan slot dwi-sim, ia tidak menawarkan sokongan perletakkan kad microSD, sekaligus tidak membenarkan anda menaiktaraf storan peranti ini. Di bahagian atas peranti, ia masih mengekalkan fungsi IR blaster untuk membolehkan peranti ini sebagai alat kawalan jauh. Di bahagian bawah, ia menempatkan pembesar suara mono dan sambungan USB-C, namun tidak lagi menawarkan sambungan earphone jack 3.5mm. Untuk menggunakan aksesori audio 3.5mm sedia ada, Xiaomi juga turut menyertakan adapter USB-C ke 3.5mm ini di dalam kotak pembelian peranti.

Pada bahagian belakang, ia menampilkan binaan kamera dan flash secara menegak, seperti mana yang dilihat pada peranti iPhone X. Di bahagian belakang ini turut menampilkan pengimbas cap jari, yang dilihat memberi tindak balas yang sederhana apabila dibandingkan dengan OPPO F7 atau Huawei nova 3i. Tidak seperti peranti sekelasnya, ia tidak menyajikan sebarang fungsi imbasan wajah, sekaligus mengurangkan satu pilihan sekuriti pada peranti ini untuk kegunaan pengguna.

Pada bahagian hadapan, ia hadir dengan saiz skrin IPS LCD sebesar 5.99-inci, dengan penawaran resolusi Full HD+ pada nisbah 18:9. Dengan penggunaan nisbah ini, ia membolehkan skrin ini memaparkan lebih banyak kandungan terutama ketika melayari laman web atau aplikasi media sosial. Kualiti paparan ini mampu memberi kualiti paparan yang baik, yang mana dibantu melalui penggunaan panel IPS LCD bersama penggunaan resolusi Full HD+. Menariknya, paparan ini turut dilindungi dengan kaca Corning Gorilla 5, bagi mengurangkan kesan calar dan retakan apabila peranti ini mengalami sebarang kecederaan.

Dari segi variasi, Xiaomi Mi A2 hadir dalam dua variasi iaitu 4GB RAM + 64GB dan 6GB RAM + 128GB. Sekiranya anda pengguna kasual, storan dalaman 64GB ini dilihat mencukupi dengan penggunaan anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda memanfaatkan fungsi backup pada Google Photos. Tetapi sekiranya anda gemar memasang aplikasi dan permainan yang banyak, adalah lebih baik anda membuat penambahan RM200, bagi mendapatkan variasi storan dan RAM yang lebih tinggi. Xiaomi Mi A2 telah ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Blue, dan Gold, yang mana anda boleh memilihnya sewaktu membuat pembelian peranti.

Sistem

Xiaomi Mi A2 dijana dengan Android 8.1 Oreo berasaskan Android One, dengan penampilan antaramuka Android asli. Ia kelihatan sangat kemas dan menyerupai antaramuka yang hadir pada Google Pixel, tanpa sebarang sokongan tema yang boleh dipilih oleh pengguna. Tidak seperti MIUI, antaramuka ini menawarkan home screen dengan sokongan app drawer, bersama paparan “Google Feed” yang disertakan pada bahagian kiri skrin.

Walaupun tidak didatangkan dengan antaramuka MIUI, Xiaomi turut menyertakan empat aplikasi mereka pada peranti ini, seperti Feedback, File Manager, Mi Drop, dan Mi Remote. Aplikasi kameranya juga diambil daripada kamera MIUI, walaupun ikon aplikasi kamera adalah sama seperti ikon Google Camera.

Dengan program Android One, Google menawarkan tiga perkara menarik pada program ini, bagi membolehkan pengguna merasai pengalaman Android sebenar tanpa sebarang pengubahsuaian yang besar daripada pengeluar.

Antara kelebihannya adalah, ia membawakan antaramuka yang minimal, tanpa bebanan daripada penggunaan antaramuka yang berat untuk memberi kelancaran pada peranti. Selain itu, peranti Android One juga akan menerima manfaat seperti kemaskini sekuriti yang lebih pantas, seumpama yang ditawarkan pada peranti Google Pixel. Tetapi apa yang membuatkan ia menarik sekali, peranti dengan Android One ini dijangka bakal menerima satu atau dua versi Android besar, yang mana bakal diedarkan secara berperingkat pada masa akan datang.

Prestasi

Xiaomi Mi A2 dijana dengan cip yang sama seperti Mi Note 3, menerusi cip Qualcomm Snapdragon 660 bersama pilihan memori 4GB atau 6GB RAM. Cip ini membawakan rekaan cip lapan-teras, menerusi 4 x Kyro 260 2.2 GHz (teras berkuasa) dan 4 x Kyro 260 1.8 GHz (teras efisien), selain dijana dengan GPU Adreno 512. Apabila diuji pada aplikasi penanda aras seperti AnTuTu Benchmark, ia berjaya mencatatkan masa sekitar 128,829, yang mana hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding cip Snapdragon 625 pada Xiaomi Mi A1. Untuk perbandingan dengan cip yang lain, cip Snapdragon 660 ini setara dengan cip kelas pertengahan yang lain iaitu MediaTek Helio P60 dan HiSilicon Kirin 710.

Untuk kegunaan di dunia sebenar, cip ini mampu memberi prestasi harian yang pantas, bersama pengalaman multitasking yang cukup memuaskan melalui penggunaan RAM yang tinggi. Untuk prestasi permainan, permainan seperti PUBG Mobile boleh dimainkan dengan lancar pada tetapan grafik sederhana, namun permainan seperti Standoff 2 dan Guns of Boom boleh dimainkan pada tetapan grafik tinggi. Menariknya, haba yang dikeluarkan sangat minima, walaupun anda menggunakan peranti ini untuk kegunaan permainan yang agak lama.

Kamera

Dari segi kameranya pula, Xiaomi Mi A2 membawa perubahan sensor berbanding Mi A1, melalui padanan sensor utama 12MP f/1.75 bersama sensor kedua 20MP f/1.75 untuk membantu penggambaran malam dan penghasilan bokeh. Ia tidak didatangkan dengan sistem penstabilan optikal (OIS), namun masih menawarkan sistem penstabilan elektronik berasaskan gyro (gyro-EIS) untuk mengurangkan kesan gegaran. Ia juga dilengkapi dengan LED flash bersama pencahayaan dwi-tona warna dalam memberi hasilan yang lebih neutral ketika ia digunakan.

Untuk kualitinya, ia menawarkan peningkatan yang besar berbanding Mi A1, terutama dinilai dari segi penggambaran low-light. Keperincian imejnya kini kelihatan lebih tajam untuk kebanyakan situasi, selain memberi hasilan noise yang cukup minima. Kameranya juga kini mampu membuat kawalan exposure yang lebih seimbang, disamping memberi perwarnaan dan hasilan yang lebih terang berbanding Xiaomi Mi A1.

Apa yang saya cukup suka, hasilan dari fungsi Portrait Modenya juga kini telah menerima penambahbaikan, yang mana kesan blurnya kini kelihatan lebih kemas apabila dilihat pada bahagian sisi subjek.

Kamera hadapan pada Xiaomi Mi A1 boleh dikatakan kurang memuaskan, dengan memberi hasilan yang sekadar memadai melalui penggunaan sensor 5MP. Mujur pada Xiaomi Mi A2 ini, Xiaomi telah menaiktaraf kamera hadapannya kepada sensor 20MP f/1.75, yang dilihat membawa perubahan yang besar dari segi hasilan selfie. Kualiti selfie kini kelihatan lebih tajam, bersama keupayaan dynamic range yang kini lebih baik berbanding Mi A1. Ia juga disertakan dengan fungsi Portrait Mode, dengan memberi kemasan blur yang hampir sempurna melalui penggunaan artificial intelligent (AI).

Dari segi fungsi, Xiaomi Mi A2 mampu membuat rakaman setinggi 4K@30fps selain hadir dengan rakaman gerak perlahan 720p@120fps. Dari segi keupayaan kamera hadapan, ia membawakan sensor 20MP f/2.2 dengan sokongan AI, bersama-sama LED flash untuk penggambaran di bawah pencahayaan malap. Beberapa fungsi lain turut disokong pada peranti ini seperti Pro Mode, Portrait Mode, Beautify Mode, dan Panorama sebagai fungsi tambahan ketika melakukan penggambaran.

Dari segi rakaman video, ia menawarkan rakaman yang stabil melalui penggunaan Electronic Image Stabilization (EIS), namun kualiti audionya kurang memuaskan kerana disebabkan oleh fungsi active noise cancelling (ANC) yang agresif. Isu ini turut dialami pada Xiaomi Mi MIX 2s, yang mana audionya memberi hasilan bunyi yang kurang selesa untuk didengar. Untuk contoh rakamannya, anda boleh rujuk pada bahagian kamera melalui video ulasan yang disertakan pada artikel ini.

Bateri

Xiaomi Mi A2 masih menawarkan kapasiti bateri yang sama seperti Xiaomi Mi A1 sebelum ini, dengan penawaran kapasiti 3010 mAh. Namun dengan penggunaan cip 14nm melalui Snapdragon 660 ini, ia dilihat mampu memberi bacaan bateri yang setara seperti generasi lalu, dengan memberi masa penggunaan peranti yang standard.

Dengan kapasiti 3000 mAh dan padanan cip 14nm ini, Xiaomi Mi A2 mampu menawarkan masa Screen-on-Time (SoT) yang cukup memuaskan, melalui bacaan SoT sekitar 5 jam 33 minit untuk penggunaan sepanjang hari. Dari segi masa pengecasannya, Xiaomi hanya membekalkan pengecas 10W, dengan masa pengecasan peranti sekitar 2 jam 18 minit. Sekiranya anda ingin mengurangkan masa pengecasan ini, Xiaomi Mi A2 ini turut menyokong fungsi pengecasan pantas Quick Charge 3.0, namun anda perlu membeli pengecas Quick Charge ini secara berasingan.

Rumusan

Secara keseluruhannya, Xiaomi Mi A2 menawarkan sebuah peranti kelas pertengahan yang seimbang, seperti kehadiran skrin dengan bingkai nipis, cip Snapdragon 660 yang pantas, keupayaan kamera yang menawan, bersama penawaran program Android One.

Sekiranya anda mempunyai Xiaomi Mi A1, Xiaomi Mi A2 ini akan menawarkan tujuh pembaharuan baru seperti:

  • Paparan yang lebih besar melalui rekaan skrin bingkai nipis dan penggunaan nisbah moden.
  • Cip Snapdragon 660 dengan prestasi hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding Snapdragon 625.
  • Hadir dengan penawaran memori setinggi 6GB RAM berasaskan LPDDR4X.
  • Keupayaan kamera utama yang lebih baik terutama pada situasi low-light.
  • Penggambaran selfie yang kini lebih tajam dengan sensor 20MP (bersama fungsi ekstra seperti Portrait Mode dan pencahayaan LED Flash).
  • Menawarkan Bluetooth 5.0 secara terbina.
  • Aksesori silicon case yang diberikan secara percuma.

Namun terdapat tiga fungsi yang telah dikurangkan adalah, ia tidak lagi menawarkan earphone jack 3.5mm, ketiadaan slot kad microSD, dan tidak lagi membawakan sokongan zoom optikal pada kamera kedua.

Selain itu, kapasiti baterinya juga masih berada pada kapasiti 3010 mAh, yang dilihat hanya mampu menawarkan Screen-on-Time (SoT) yang standard. Sekiranya ia hadir dengan kapasiti 4000 mAh, seperti Xiaomi Mi A2 Lite, perkara ini pastinya dapat membantu untuk memanjangkan lagi masa penggunaan peranti Xiaomi Mi A2 ini.

Pro
  • Dinaiktaraf dengan nisbah skrin moden 18:9.
  • Kualiti skrin yang yang baik untuk kegunaan harian melalui panel IPS LCD dan resolusi Full HD+.
  • Memberi prestasi yang pantas untuk kegunaan harian dan permainan.
  • Keupayaan kamera belakang dan hadapan hadir dengan peningkatan yang ketara melalui sokongan AI dan sensor yang dipertingkatkan.
  • Memberi ketahanan bateri sepanjang hari dengan bacaan SoT 5 jam 33 minit.
  • Menawarkan fungsi IR blaster untuk kebolehan menjadikan peranti sebagai alat kawalan jauh.
  • Hadir dengan slot dwi-sim berasaskan nano-sim.
  • Dijana dengan Android 8.1 Oreo melalui program Android One.
Kontra
  • Tidak menawarkan earphone jack 3.5mm.
  • Tidak menyokong kad microSD.
  • Tidak mempunyai sokongan NFC.

Tetapi dengan harga bermula RM999, Xiaomi Mi A2 membawa harga yang terendah untuk sebuah peranti Snapdragon 660, apatah lagi variasi tertingginya (6GB RAM + 128GB) hanya ditawarkan pada harga RM1199. Selain daripada prestasi, ia juga berupaya untuk memberi hasilan kamera yang baik untuk low-light melalui sensor kedua, keupayaan bateri sepanjang hari, bersama pengalaman penggunaan terbaik yang anda boleh dapat pada Android menerusi program Android One.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2w2mDKp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.