Lenovo ThinkPad P1 Diperkenalkan – Laptop Nipis Dan Ringan Dengan Spesifikasi Khusus Untuk Tugasan Profesional
Siri laptop Lenovo ThinkPad biasanya dikenali untuk rekaannya yang nipis dan ringan, dan juga spesifikasi yang cukup berkuasa untuk melakukan pelbagai tugas harian di pejabat tanpa sebarang masalah.
Terkini, Lenovo nampaknya bakal memperkenalkan siri ThinkPad kepada golongan profesional seperti pereka 3D dan profesional di dalam rekaan perindustrian dengan laptop Lenovo ThinkPad P1,
Laptop ThinkPad P1 ini hadir dengan rekaan yang cukup nipis dengan ketebalan 18.4mm, dan hadir dengan paparan skrin 15.6 inci yang mempunyai resolusi 4K UHD. Dari segi spesifikasi dalaman, ia dilengkapi dengan pilihan CPU Intel Core generasi kelapan Coffee Lake, sokongan untuk memori DDR4 sebanyak 64GB, bersama-sama storan sebesar 4TB.
Dari segi sokongan grafik pula, Lenovo berkata mereka memuatkan kad grafik NVIDIA siri Quadro P ke dalam laptop ini, dan ia hadir dengan pilihan kad grafik sehingga NVIDIA Quadro P2000.
Kesemua spesifikasi ini dimuatkan di dalam rangka polikarbonat dengan ketebalah 18.4mm dan berat 1.2kg sahaja. Menurut Lenovo, laptop Lenovo ThinkPad P1 ini akan tiba untuk pasaran dunia pada penghujung bulan Ogos kelak pada harga $1999 (~RM8000).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2nwOfDh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment