Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat hari tayangan, ‘Munafik 2’ kutip RM21.6 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat hari tayangan, ‘Munafik 2’ kutip RM21.6 juta

FILEM Munafik 2 terbitan Skop Productions dan President Production mencipta sejarah yang tersendiri dan industri perfileman Melayu apabila berjaya meraih kutipan RM21.6 juta dalam hanya dalam masa empat hari tayangan.

Berita gembira tersebut dikongsikan pengarahnya, Syamsul Yusof menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

“Allah makes the impossible possible. Its the highest opening weekend record in history. RM21.6 million in just 4 days.

“Kutipan dari official showing date sehingga Ahad semalam. Sejarah terus tercipta. Alhamdulillah dan terima kasih semua. Majulah industri filem Malaysia,” tulisnya.

Filem yang turut ditayangkan di Brunei dan Singapura itu, beberapa hari lalu turut mencipta rekod tersendiri sebagai filem yang mendapat  jumlah kutipan tayangan awal paling tinggi bagi filem tempatan menerusi kutipan RM2.05 juta.

Suatu pencapaian yang cukup membanggakan dan memberi petanda awal kebangkitan filem-filem Melayu di pawagam.

Selain Syamsul sebagai teraju utama, Munafik 2 turut dibintangi barisan pelakon yang terdiri daripada Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Munafik 2 mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 Ogos lalu dan kini sedang mendapat sambutan hangat daripada peminat filem tempatan.

Sumber :
– http://www.astroawani.com/berita-hiburan/empat-hari-tayangan-munafik-2-kutip-rm21-6-juta-184643



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LTlJpi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.