Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zombie Parti Komunis Malaya bukan dari peserta perarakan kemerdekaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zombie Parti Komunis Malaya bukan dari peserta perarakan kemerdekaan

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan tiada peserta perarakan sambutan kemerdekaan yang mengenakan pakaian seolah-olah uniform Parti Komunis Malaya (PKM).

Exco Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, gambar perarakan yang tular di media sosial itu tiada kaitan dengan peserta perarakan sambutan kemerdekaan ke-61.

“Mereka bukan dalam perarakan (sambutan kemerdekaan). Mungkin kumpulan lain yang sengaja cetuskan isu.

“Kita pun nak tahu lebih lanjut siapa yang buat. Tapi ini tiada dalam senarai peserta perarakan kerajaan negeri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan tohmahan yang cuba memburukkan imej kerajaan negeri kononnya mengenang pejuang komunis.

Sebelum ini, tular di media sosial mengatakan sambutan kemerdekaan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang seperti cuba mengenang perjuangan PKM.

Ia berikutan pakaian yang dikenakan sekumpulan perarakan di Padang Kota Lama kelihatan seperti warna simbolik kepada uniform PKM zaman darurat.

Gambar itu turut mendapat pelbagai kecaman netizen di media sosial yang menzahirkan rasa bimbang dengan insiden itu.

 

Sumber :
– http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bukan-peserta-perarakan-1.874824



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2oBPSQT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.