Sayu…adik ini terpaksa lari jauh jam 4 pagi dari tahfiz akibat tak tahan dibuli
Pengajaran untuk semua.. Ambillah iktibar.. (Sediakan tisu)
Pukul 4 pagi.. Aku terima ketukan kat pintu rumah.. Bila aku bukak, aku terkejut tengok sepupu aku ada depan mata.. Adib.. Tingkatan 2.. Belajar kat Tahfiz Ar-Rusd Pasir Panjang..
Mase mula² aku xtau, dye nie betul² org ker atau sebaliknya.. Maklumlah.. Pukul 4 pagi der.. Pastu aku beranikan diri sambil cucuh rokok.. Yer.. Dye mmg sepupu aku..
Aku tanye datang dari mana..?? Dia diam.. Aku tanya lagi.. Dia jawab dia keluar dari tahfiz.. Aku tanye lagi sebab apa..?? Sbb xtahan akibat dibuli secara mental.. ‘Gelor nama ayoh’..
Woi.. Budak nie dah yatim piatu.. Mak ayah dah xder.. Rase mcm nak lempang jer org yg buli tu.. Mase nie dia dah nak nangis.. Jadi aku tenangkan dia.. Mungkin teringatkan arwah ayah dia..
Aku nasihatkan klau ader masalah bgtau ustaz.. Lepas tu dia jawab ‘ustaz tu baik dgn budak tu’.. Aku faham kata² dia.. Takot ustaz tu bela budak tu atau pown takot dipukul sekiranya budak² tu tau yg adib nie report..
(Nanti aku akan ambik susulan kat tahfiz supaya lebih berikan perhatian dgn isu nie, takot esok lusa boleh bertumbuk)
Adiq berjalan kaki dari pasir panjang ke paloh.. Xsilap dye tidor kat org jual nasi lemak.. Aku pown xtau kat mana.. Tu yg dipegang tu pemberian dri penjual, naik kereta viva.. Terima kasih brader.. Dia yg hantarkan adib kat rumah aku.. Semoga dimurahkan rezeki..
Bukan aku xbagi adib tidor kat rumah aku.. Cara adib keluar dari tahfiz salah.. Kalau ustaz buat report polis aku yg kena..
Lepas tu aku bagi adib makan nasi lemak tu.. Sudah makan, aku hantarkan dia ke pusat tahfiz (Pukul 4.40pagi).. Dalam perjalanan aku sempat nasihatkan dia supaya terus belajar baik²..
Adib kehilangan ibu ketika dia masih baby.. Dan kehilangan ayah pada usia kecil (xigt umur berapa)..
Cuba lihat gambar kedua, terasa sayu dihati.. Kelihatan dia sedih bila terfikirkan nasibnya.. Hanya Allah yg tau perasaan aku ketika nie..
Allah hadirkan dia pada jam 4 pagi utk aku sedar dan insaf.. Allah hantarkan dia utk aku bantu dia.. Terima Kasih Allah kerana hadirkan dia kerana ada beberapa perkara yg selame nie aku lupa..
Dia rindukan kasih sayang seorang abang.. Aku harap insan berkenaan faham dgn ayat tu.. Itu luahan adib.. Bukan aku yg reka cerita..
Sebelom dia turun dari kereta, dia sempat berpesan ‘bgtau ika (kakak dia) suruh hantar makanan setiap hari isnin petang, jumaat dan sabtu yer’.. Sedih laa gilerr.. Huhu.. Dia lapar.. Mungkin dia lihat kwn² dia dpt makanan dri keluarga.. Termenung sambil menunggu ahli keluarga dia hantarkan makanan.. Tetapi, fuhh.. Sorry laa.. Dah xmampu nak taip..
Sedih laa jilaker… Huhu..
Terima Kasih Allah kerana hadirkan dia..
Semoga adib membesar dengan baik, jadi anak yg soleh, berjaya dunia akhirat dan sentiasa dapat rahmat dari Allah.. Amin..
Kredit: Ossasuke Hikaru
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2oE2QgZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment