Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konsep Ambulans Swaterbang Ini Menerima Geran Dari Persekutuan Sukan Udara Sedunia Bagi Menjadikannya Realiti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konsep Ambulans Swaterbang Ini Menerima Geran Dari Persekutuan Sukan Udara Sedunia Bagi Menjadikannya Realiti

Di dalam situasi yang amat kritikal, helikopter digunakan untuk membawa mangsa yang mengalami kecederaan kritikal ke hospital. Perkhidmatan ambulans udara ini jarang ditawarkan di Malaysia kerana kos operasi yang tinggi serta kekurangan ruang pendaratan yang cukup besar. Di FAI International Drone Conference and Expo yang berlangsung di Switzerland hujung minggu lalu, konsep ambulans swaterbang di bawah dianugerahkan geran Prince Alvaro de Orleans-Borbon bernilai $20,000 (~RM 83,000) bagi menjadikannya realiti

Ia direka oleh Vincenzo Navanteri  yang berasal dari Itali. Ambulans terbang ini mempunyai rekaan seperti sebuah dron okta-kipas yang boleh membawa mangsa dengan berat maksimum 120 kilogram. Dua enjin turbin konvensional digunakan bagi menjadi tenaga elektrik kepada lapan motor elektrik pada dron ini. Ini akan memberikan jarak operasi yang lebih jauh berbanding sistem yang menggunakan kuasa bateri sepenuhnya.

Apabila terbang ia boleh bergerak pada kelajuan 110 km/j dan jarak operasi maksimum sehingga 150 km. Ini ialah tahun kedua ekspo dron dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Udara Sedunia (FAI) dan tema tahun ini ialah dron yang berguna untuk manusia.

Idea menggunakan dron sebagai ambulans adalah yang yang terawal dilihat selepas menggunakannya sebagai teksi. AirMule ialah dron ambulans terawal yang kami laporkan untuk kegunaan tentera Israel di medan perang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wMGGh9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.