Hi! Welcome Back and Stay Tune! Israel tebuk tembok Kota Lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Israel tebuk tembok Kota Lama

Israel tebuk tembok Kota Lama
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Israel dilapor menebuk dan memecahkan dinding tembok Kota Lama di Baitulmaqdis untuk membina laluan baharu berhampiran Gerbang Damsyik.
Sumber Palestin di bandar yang dikepung itu berkata, beberapa pekerja dari majlis perbandaran telah membuat perubahan di bahagian dalaman Harat al-Nasara (Christian Quarter) sejak beberapa hari lalu.

Agensi berita Quds Press melaporkan, pengubahsuaian itu dibuat sebagai akses ke rumah penduduk Kristian di bandar tersebut, namun alasan utama di sebalik kerja pengubahsuaian itu adalah tidak jelas.

Pemimpin komuniti setempat, Basem Saeed Wajih memberitahu Quds Press bahawa penduduk tidak dimaklumkan mengenai sebarang kerja pengubahsuaian di kawasan tersebut.

"Tidak ada! Kami tidak dimaklumkan apa-apa perubahan melibatkan lorong atau laluan baharu di sini oleh Perbandaran Baitulmaqdis yang ditadbir Israel," ujarnya.

Israel sebelum ini dengan sewenang-wenangnya kerap memusnahkan infrastruktur di Baitulmaqdis.
Terbaharu, pihak berkuasa Israel memusnahkan kilang percetakan akhbar Palestin di Silwan.

Tentera Israel kemudiannya menahan dan menyerang dua penduduk Palestin yang bertindak merakam kejadian berkenaan.
Awal minggu lalu, Israel turut memusnahkan penempatan Palestin di kejiranan Sheik Jarrah meskipun tidak mempunyai arahan mahkamah untuk berbuat demikian.- Middle East Monitor


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NKTN92

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.