Google Menghasilkan Kecerdasan Buatan Yang Mengesan Kandungan Penderaan Seksual Kanak-Kanak
Antara kandungan paling menjijikkan yang beredar di atas talian jatuh di dalam kategori penderaan seksual ke atas kanak-kanak. Isu ini hangat diperkatakan selepas pengguna di Malaysia didapati adalah yang paling tinggi mengkases kandungan pornografi kanak-kanak bawah umur di Asia Tenggara. Bagi memudahkan proses mengesan dan melaporkan kandungan penderaan seksual kanak-kanak (PDKK), Google mengumumkan kecerdasan buatan yang mengesannya secara automatik.
Dengan menggunakan rangkaian neural. kandungan PDKK dapat dikesan tanpa perlu dilihat oleh manusia. Ia turut mengenalpasti kandungan PDKK baru yang tidak dilaporkan sebelum ini. Ini memastikan mangsa PDKK dapat dikenalpasti dan diselamatkan lebih awal. Google akan memberikan akses kepada Content Safety API ini untuk kegunaan NGO dan rakan industri secara percuma bagi membanteras kandungan PDKK di masa hadapan.
Google bukanlah yang pertama menggunakan kecerdasan buatan bagi mengesan PDKK di atas talian. Polis di London terlebih dahulu menggunakannya bagi mengurangkan trauma kepada anggota yang sebelum ini perlu melihatnya dalam tugasan harian. Di Malaysia pula Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak-Kanak (MICAC) dibentuk tahun ini bagi memantau trafik perisian P2p popular yang digunakan untuk perkongsian kandungan PDKK di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Q3CTnu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment