Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Harga Barang Di Malaysia Selalu Tinggi? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Harga Barang Di Malaysia Selalu Tinggi?

Image result for barang di Malaysia

Jawapan yang cepat dan mudah ialah kerana ekonomi negara kita (sistem ekonomi kita) adalah terlalu terkawal,  yang meletakkan :

  • terlalu banyak syarat
  • terlalu banyak sekatan
  • terlalu banyak keperluan lesen, termasuk AP
  • keperluan berbagai sijil  (termasuk sijil halal)
  • segala jenis cukai ke atas barangan impot yang terlalu tinggi
  • monopoli - TNB, Telekom, Bernas, Metrology Corporation  (yang tentu-sahkan semua alat timbang dan sukat, weighing machines, yang digunakan untuk perdagangan)
  • oligopoly (sistem perbankan dengan hanya ENAM bank utama dibenarkan, hanya terdapat EMPAT ??  syarikat mobile phone operator,  hanya beberapa syarikat simen (cement manufacturer) dan syarikat pre-mix concrete yang besar
  • dasar gaji minima atau minimum wages
  • kos yang sangat tinggi bagi mengambil pekerja asing 

dan banyak lagi sekatan yang kesemuanya meningkatkan 'cost of doing business', naikkan kos bahan mentah dan kos dasar (basic cost) yang semuanya mengakibatkan harga barang naik.

20 tahun dahulu negara kita masih menjadi pembuat banyak barang keperluan consumer goods. Kilang-kilang dalam negara kita menghasilkan hampir semua keperluan consumer goods bagi negara kita. 

Tetapi sekarang, menurut sahabat karib saya Dato Ameer Ali Mydin (Mydin Hypermart) negara kita sudah kehilangan banyak syarikat dan kilang pembuatan consumer goods. Sekarang sumber bagi pembuatan hampir semua barangan pengguna adalah negeri Cina. 

Dasar dahulu ia itu 'we must be self sufficient in manufacturing all our consumer goods'  di mana kita menggalak syarikat Bata membuat kasut, syarikat Palmolive membuat Planta Margarine dan Nestle membuat Milo dan sebagainya sudah menjadi dasar yang ketinggalan zaman atau outdated.  

Pada masa itu kita tidak boleh sangka akan kemunculan (dengan izin Allah swt - alhamdulillah syukur) satu Naga Besar dari Cina yang sekarang sedang melimpahkan karunia hasil pembuatan kilang-kilangnya kepada seluruh alam manusia. 

Dari Kutub Utara, ke Eropah, hingga ke hutan Amazon, Afrika dan seluruh benua Asia umat manusia dapat merasai dan menghirup standard of living yang jauh lebih tinggi (dan murah) sebab kilang pembuatan Cina berjaya menghasilkan produk yang baik, berguna dan berharga murah - yang golongan umat manusia yang termiskin pun boleh menggunakan untuk keperluan hidup mereka. 

Bagi anak-anak muda dan remaja pula, dari segi keyakinan diri (self esteem) dan menilai diri (self worth)  semua golongan remaja dan anak muda di serata Dunia Ketiga:

  • mampu memakai pakaian (seluar jeans, kasut sneaker, T shirt dan kemeja designer), 
  • mampu mempunyai asesori (jam tangan, telefon bimbit, alat video game, I pod ciplak, tablet) 
  • dan boleh main skateboard, skuter, mountain bike, bola sepak, tenis dan semua jenis mainan dan sukan 
yang serupa atau lebih baik daripada yang terdapat di negara Barat dan negara maju. Semua ini boleh terjadi atas sebab limpah karunia hasil pembuatan Naga Besar negeri Cina.   Syukur Alhamdulillah. 

Dalam keadaan realiti Dunia Baru abad ke 21 ini,  kita akan kembali masuk ke Zaman Batu dahulu, dan dari situ kita akan memasuki semula Zaman Jahiliyah jika kita masih mengamalkan sistem ekonomi yang terkawal, berlesen, ber-A.P., berkuota, monopoli, oligopoli, "menjaga ketuanan" dan sebagainya. 

Kita akan menjadi mundur, miskin dan mungkin mandul juga. 

Kita tidak perlu takuti masa depan ekonomi kita.  Negara kita mempunyai kekayaan yang melimpah ruah (overflowing wealth). Bukan saja dari segi sumber asli dan ladang (minyak, gas, hutan, kelapa sawit, getah, perikanan, kawasan tanaman) tetapi kita juga mempunyai 32 juta penduduk (Melayu, Iban, Kadazan, Dusun, Cina, India dsbnya) yang menjadi sumber kekayaan yang paling besar dalam negara kita.

Monkeys cannot manufacture goods or buy consumer goods. Only people can. Set our people free. Let our people be.

Tambah lagi (bagi peribadi saya) negara kita Malaysia dirahmati dengan (blessed with) cuaca yang paling cantik di seluruh dunia, di mana matahari bersinar 365 hari setahun, tidak terlalu panas dan bukan terlalu sejuk, di mana hujan turun hampir setiap hari, atau dua kali sehari, menyirami laman, kebun, ladang dan hutan.

Semua sumber ini adalah lebih daripada cukup bagi kita kerahkannya untuk kebaikan, kemajuan, perkayakan dan perkasakan semua rakyat negara kita. Percayalah dan yakinlah atas kebolehan diri kita.

Jika kita bebaskan ekonomi kita daripada pemikiran abad ke 20 (20th century mindset) dan kiblatkan wajah kita menghadapi  abad ke 21 (21st century reality) kita boleh majukan standard of living  rakyat kita untuk MELEBIHI standard of living di negara Barat yang paling maju sekali pun. Dan kita boleh melakukannya dalam masa tidak melebihi 20 tahun.  (Bandingkan Singapore went from ZERO to HERO in only 40 years.)

Kita perlu ingat bahawa Dasar Ekonomi Baru atau DEB telah dirancangkan pada tahun 1970 - ia itu 48 tahun lalu. DEB telah dibentuk untuk menangani perbezaan sosio-ekonomi   antara kaum yang terjadi akibat daripada dasar ekonomi penjajah yang zalim (colonial economic piracy) daripada abad ke 19 dan 20.

(The NEP was fashioned 48 years ago in 1970, to close the economic and social disparities among the races which existed at that time as a direct result of 19th - 20th century British economic piracy.)

Maksudnya policy mindset kita atau pemikiran di sebalik dasar ekonomi kita masih dikongkong  angkara penjajah  abad ke-19 dan 20.       We are still stuck in our 19th and 20th century colonial history.

Apa pula 'the way forward'?

Kita mesti (saya ulangi : kita mesti) membebaskan ekonomi kita daripada ketakutan kita sendiri yang melihat hantu di sebalik setiap tunggul kayu. 

Sektor perbankan kita mesti di "merdeka-kan" daripada perasan takut hantu. Percayalah dalam dunia ini tidak ada hantu. OutSyed The Box telah menjelajah semua lubuk hantu dan masih belum jumpa hantu se ekor pun. Dont be afraid of non existent hantus.  

Sektor impot kita (impot kereta, bas, lori, motorboat, jet ski, kapal terbang kecil, helicopter peribadi, kerusi, meja, kamera, komputer, kasut, seluar dalam, mesin basuh kain, microwave, radio, TV, lampu, loceng, furniture, wall paper, rocket, missile, pesawat pejuang, kereta kebal, kapal selam, ais kerim, coklat, jus oren epal, minuman keras bagi orang bukan islam, cigar, cerut, tembakau paip dan semuanya sekali) mesti di "merdeka-kan" daripada pemikiran ekonomi abad ke 19 dan 20.  

Zaman sudah berubah. Ini bukan 1970an lagi. Ini adalah tahun 2018 dalam abad ke 21.

Pertama sekali semua jenis monopoli dan oligopoli mesti dihapuskan.

TNB, Telekom, Metrology Corporation, Syabas, Indah Water, Petronas, Bernas dan sebagainya mesti di pecah-pecahkan dan dibahagi dua, tiga, empat, lima atau enam.  There must be more and more competition.  

Oligopoli dalam sistem perbankan, syarikat telefon bimbit (cellular operators), pemegang lesen ekspot balak, pemegang lesen impot beras, pemegang lesen ekspot perikanan dsbnya.

Ada berbagai dan banyak cara untuk pecahkan monopoli dan oligopoli yang AKIBATNYA MESTI UNTUK MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP BAGI SEMUA MASYARAKAT KITA. 

Begitu juga sistem lesen dan AP yang tidak menambah apa-apa nilai pun (ZERO VALUE ADDED) terhadap perkhidmatan atau barangan yang terlibat, mesti dihapuskan.

Contohnya kuota lesen security guard, kuota lesen housemaid, kuota lesen impot pekerja asing di mana si pemegang lesen tidak menyumbangkan sebarang input yang menambah nilai (ZERO VALUE ADDED) dalam peranannya sebagai pemegang lesen.  

This is useless licensing and legislation that only increases the cost of doing business.

Percayalah apabila kita hapuskan monopoli, oligopoli, lesen buta, AP dan kuota dalam negara kita, maka ekonomi kita dan semua kaum dan kumpulan masyarakat kita akan mendapat untung yang melimpah-limpah.

Saya bagi dua contoh - industri penerbangan dan sektor pendidikan swasta (IPTS).

Apabila ruang udara Malaysia di buka kepada semua syarikat penerbangan tanpa kuota atau lesen monopoli maka muncul-lah  jaguh dunia Air Asia. 

Dan sekarang satu lagi jaguh Malindo juga mula berkembang sayapnya. Dan juga syarikat penerbangan lain. 

Berpuluhan ribu peluang pekerjaan telah turut diwujudkan untuk jawatan pilot, engineer, technician, pramugari, pramugara,  ground crew, air traffic control, ground services, lojistik, food catering, fuel supply, aircraft maintenance dan sebagainya yang majoriti petugas dan pekerjanya adalah orang Melayu. (Sebab majoriti  penduduk kita Melayu!!) 

Semua ini berlaku kerana orang Melayu telah kurang sedikit takut kepada hantu di lapangan udara negara kita. Tiada Mambang Di Awan. Melainkan di Perak sahaja.  



Begitu juga apabila sektor pengajian tinggi di "merdekakan",  (atau di IPTS-kan) dalam sekelip mata sahaja Malaysia sudah jadi education hub taraf dunia. 

Nottingham University, Monash University, Manipal Medical College, Curtin University, Xiamen University, ETON School, Marlborough School dan banyak lagi university dan sekolah jenama antarabangsa telah membuka kampus di Malaysia.

Bukan saja berpuluh ribu pelajar antarabangsa hadir untuk belajar di Malaysia (dan bawa masuk matawang asing untuk membayar yuran dan sewa hostel) tetapi sekali lagi berpuluhan ribu peluang pekerjaan telah diwujudkan, di mana majoriti penjawat atau pekerjanya adalah orang Melayu  sebagai pensyarah, consultant, akauntan, professor, pekerja admin, catering, lojistik dan sebagainya.

Cuba kita bayangkan - sekiranya tiada Air Asia, Malindo atau IPTS maka ke mana pula akan pergi berpuluhan ribu pilot, pramugari, engineer, pensyarah, pentadbir dan usahawan food catering untuk mencari hidup? 

Takkan mereka berhijrah ke Itali dan Eropah - seperti mana berlaku dengan saudara se-agama kita dari Afrika dan Timur Tengah.

Wa akhirul kalam - masalah yang paling besar dalam negara kita ialah : orang Melayu masih takut kepada hantu.  Hantu itu tidak wujud. Terutama sekali hantu di belakang tunggul kayu.  You must stop being afraid of non existent ghosts.

Tugas sebarang Kerajaan adalah untuk memudahkan cara bagi masyarakat kita menjadi kaya dan lagi kaya atas kemampuan dan kebolehan mereka sendiri.  Ini adalah tugas WAHID sesebuah Kerajaan.  

Kerajaan yang ABAIKAN atau lupakan tanggungjawab ini akan dilucutkan dari tempatnya dan akan  jatuh dari tangga. Kemudian akan ditimpa pula oleh tangga itu juga. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NbIKbL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.