Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kau Dah Darjah 2 Tak Reti Eja Lagi Memang Mampuslah,” Mak Sepak Anak Kerana Salah Eja ‘Kiblat’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kau Dah Darjah 2 Tak Reti Eja Lagi Memang Mampuslah,” Mak Sepak Anak Kerana Salah Eja ‘Kiblat’

Anak-anak amanah Allah.  Kita sebagai ibu bapa perlu menjaga mereka sebaik-baiknya dan memberi contoh yang baik sejak dari kecil agar apabila besar nanti mereka menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa taat bukan hanya kedua ibu bapa tetapi Allah swt dan Rasul.

Mungkin ianya agak cliche tapi apa yang kita lihat sekarang, vandalisme dalam kalangan remaja, seks bawah umur dan aktiviti jenayah lain melibatkan mereka ini benar-benar terjadi.

Justeru itu, bagaimana caranya untuk menjadi ibu bapa yang tegas tapi tak menggunakan kekerasan yang melampau sehingga memberi kesan buruk yang tanpa kita sedar mempengaruhi kehidupan mereka.

Perkongsian Puan Nurul Izzah ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita yang membaca kerana kadang-kala mungkin tanpa sedar kita sudah menyakiti hati anak-anak atau menengking mereka sehingga mereka takut dengan ibu bapa sendiri.  Puan Izzah berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi ‘kurang senang’ itu dan berharap ibu bapa di luar sana menjadikan senario ini sebagai panduan.

TAK MINTA DILAHIRKAN

Sedang solat di RnR tadi, jujur saya katakan saya sedikit terganggu dgn adegan ibu dan anak2 di hadapan saya. Memang tidak khusyuklah senang kata. Jelas sekali perbualan ibu dan anak2 tersebut krn suara mrk bukan main kuat.

via GIPHY

Si kakak minta si adik mengeja perkataan kiblat yg tertera di siling atas. Tergagap si adik mengeja dgn beberapa kali salah eja. Si ibu yg sambil betulkan tudung menyepak si adik yg salah eja. Cubaan kali kedua ketiga juga salah, maka beberapa kali lah si ibu itu menyepak anaknya sambil berkata :

“Kau ni eja kiblat pun tak reti ke?”

Si kakak yg saya rasa mungkin darjah 4 menambah ejekan:

“kau dah darjah 2 tak reti eja lagi memang mampuslah.”

Saya kira si ibu dan ayahnya mungkin bercerai apabila dia ada menyebut yg “lepas ni ibu tak mahu jaga kau,kau duduklah dgn ayah, baru kau tau”

REFLEKSI

Usai solat terus terefleksi hubungan saya dgn anak yg banyak khilafnya. Bahawa anak-anak takkan terlahir tanpa kehendak dan persetubuhan ibu ayahnya. Tak jumpa sperma dan ovum tak terkeluarlah anak berketul-ketul itu. Anak-anak tak minta dilahirkan. Yg ada ibu ayah yg teringin beranak atau yg tak ingin tapi terbabas beranak.

via GIPHY

Sepatutnya , takut nak beranak atau beranak lagi bukan sebab takut miskin sahaja. Bukan takut tak mampu nak bela shj. Bukan serik nak hadap sakit bersalin.Tapi lebih kepada takut tak mampu mendidik,memberi teladan yg baik dan memberikan nafkah batin berupa kasih sayang dan kecintaan.

CUKUPLAH

Bila nak beranak atau beranak lagi,tolong pandang kiri kanan,atas bawah dan luar dalam diri sendiri dan pasangan. Terutama sekali si ayahnya kerana dialah ketua keluarga. Kalau agama pun jauh panggang dari api, tak boleh langsung nak harap jadi teladan, mulut puaka penuh makian, tak boleh sabar dan baran shj kerja,eloklah di’kasi’kan dahulu peranakan.

Cukuplah hidup berdua laki bini. Cukuplah hanya seorang anak yg sedang jadi mangsa ibu ayah yg gagal mendidik. Cukuplah setakat berapa ketul yg ada.Janganlah lagi ditambah. Betulkanlah diri sendiri dahulu biar makan tahun sekalipun.

Kasihan anak2 yg asalnya tak minta dilahirkan akhirnya terpaksa menempa hidup yg hodoh di dunia ini. Eloklah shj dibiar beriang ria di luh mahfuz itu. Andailah anak2 boleh memilih ibu bapanya, boleh jadi mrk tidak akan memilih beribu bapakan seperti kita.

via GIPHY

Anyway,tak berdosa tak beranak. Tak berdosa juga tak beranak ramai. Yg berdosanya adalah beranak-anak tapi menzalimi hak zahir batin anak-anak yg tidak berdosa itu.

Saya?Cukuplah apa yg ada. Lebih dari cukup sebenarnya.

Sumber: 
Nurul Izzah Zainol
– https://siakapkeli.my/2018/08/30/kau-dah-darjah-2-tak-reti-eja-lagi-memang-mampuslah-mak-sepak-anak-kerana-salah-eja-kiblat/



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LTPczn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.