Apple Akan Berhenti Melaporkan Unit Jualan iPhone, iPad Dan Mac Bermula Suku Hadapan
Kami baru sahaja melaporkan angka jualan iPhone, iPad dan Mac sebentar tadi. Ini akan menjadi laporan terakhir kerana Apple tidak lagi akan menyatakan jumlah unit yang dijual bermula suku hadapan. Menurut Apple ini adalah kerana unit jualan tidak lagi relevan untuk dilaporkan. Sebaliknya nilai jualan adalah lebih penting bagi menunjukkan sambutan ke atas produk.
Selepas ini hanya nilai jualan dan perbezaan nilai jualan antara suku sahaja akan dilaporkan. Ini telahpun dilakukan ketika melaporkan jualan kategori perkhidmatan dan lain-lain. Apple Watch, HomePod, AppleTV dan iPod kesemuanya dilambakkan di dalam lain-lain dengan unit jualan tidak pernah dilaporkan secara rasmi.
Penganalisa mengatakan angka unit jualan tidak dilaporkan kerana produk tidak menunjukkan peningkatan yang tinggi. Apple turut meramalkan jualan produk seperti iPhone mungkin akan mendatar ketika musim perayaan kelak kerana nilai matawang yang tidak stabil serta ketidakpastian di pasaran selain Amerika Syarikat serta Eropah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RuQ4Oa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment