Flickr Menamatkan Penawaran Storan 1TB Untuk Akaun Percuma – Mengehadkan Kepada 1000 Gambar
Flickr merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian dan storan gambar yang popular dikalangan jurugambar seluruh dunia. Pada awalnya, ia dimiliki oleh Yahoo!, tetapi telah melalui pertukaran pemilikkan, dan telah diambil-alih SmugMug.
Terkini, hari ini pihak Flickr mengumumkan beberapa perubahan pada penawaran perkhidmatan mereka.
Flickr mengatakan kini mereka menamatkan penawaran storan 1TB percuma untuk menyimpan gambar dan video. Sebaliknya, pengguna akaun percuma akan dihadkan kepada hanya perkongsian 1000 gambar atau video – tanpa mengira saiz.
Pengguna akaun percuma sedia ada dengan lebih 1000 gambar diberikan sehingga 8 Januari 2019 kelak untuk memuat-turun gambar melangkaui 1000 – atau naik-taraf akaun ke Flickr Pro. Pihak Flickr akan memadam gambar-gambar pada akaun percuma yang melangkaui 1000 bermula 5 Februari 2019 kelak – dan mengehadkan nombor maksimum kepada 1000 sahaja setiap akaun.
Sebagai alternatif, kini Flickr turut menawarkan akaun Flickr Pro pada harga $49.99 setahun yang menawarkan storan tanpa had untuk gambar dan video, serta tiada paparan iklan. Akhir sekali, Flickr turut mengumumkan yang mana bermula Januari 2019 kelak, anda tidak lagi memerlukan akaun Yahoo untuk mengakses Flickr.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QaOfWr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment