Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Menyertai Konsortium VirtualLink – Peranti Realiti Maya Vive Akan Datang Mungkin Hanya Memerlukan Satu Kabel Sahaja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Menyertai Konsortium VirtualLink – Peranti Realiti Maya Vive Akan Datang Mungkin Hanya Memerlukan Satu Kabel Sahaja

Konsortium VirtualLink ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memudahkan pemasangan dan penggunaan peranti realiti maya kepada komputer melalui satu kabel sahaja. Konsortium tersebut, yang terdiri daripada ahli-ahli seperti Oculus, Valve, AMD, NVIDIA dan Microsoft bakal mendapat satu lagi ahli baru: HTC.

HTC dan Valve bekerjasama untuk mencipta HTC Vive, dan ia merupakan salah sebuah peranti realiti maya yang paling popular di pasaran sekarang.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebab utama konsortium ini ditubuhkan ialah untuk memudahkan pembina peranti realiti maya ini untuk menyambungkan peranti mereka ke komputer melalui satu sambungan kabel USB Type-C sahaja.

Kabel VirtualLink ini boleh menyokong empat lorong DisplayPort High Bit Rate 3 (HBD3), penghantaran data melalui USB 3.1 dan mengalirkan kuasa sebanyak 27 watt. Walaupun spesifikasi untuk penggunaan kabel ini sudahpun lengkap, buat masa ini, masih tiada peranti realiti maya buat masa ini yang menyokong teknologi ini.

Dengan memasuki Konsortium VirtualLink ini, ia diharapkan bahawa HTC bakal hadir dengan sebuah peranti HTC Vive yang menggunakan satu kabel VirtualLink ini untuk memudahkan pemasangan dan penggunaan peranti mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yJw8QI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.