Hi! Welcome Back and Stay Tune! KFC Malaysia Hadir Dengan Aplikasi Rasmi Untuk iOS Dan Android – Menawarkan Cheezy Wedges Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KFC Malaysia Hadir Dengan Aplikasi Rasmi Untuk iOS Dan Android – Menawarkan Cheezy Wedges Percuma

KFC Malaysia nampaknya kini telah mula memberikan perhatian kepada arena digital dengan lebih serius. Selain mengumumkan kerjasama dengan pihak Maybank untuk penerimaan QR Pay di restoran KFC, kini restoran popular berkenaan juga telah mula menawarkan aplikasi mudah-alih di Android dan iOS.

Menggunakan aplikasi KFC khusus pada peranti mudah-alih ini, pengguna boleh menyemak pelbagai tawaran semasa, selain turut melakukan tempahan makanan untuk dihantar ke alamat anda. Seperti biasa, ciri tempahan makanan ini terhad mengikut lokasi semasa anda.

KFC Malaysia

KFC juga mengatakan mereka akan menawarkan sejumlah tawaran khas untuk pengguna aplikasi mereka. Sebagai pengenalan, bagi anda yang memuat-turun aplikasi Android dan iOS, boleh menebus Cheezy Wedges secara percuma untuk tempahan makanan melalui aplikasi berkenaan. Aplikasi ini membolehkan pengguna memilih mod pembayaran sama ada tunai atau menggunakan kad kredit.

Bagi anda yang sering membuat tempahan makanan daripada KFC, mungkin ini aplikasi yang sesuai untuk anda.

Muat-Turun KFC Malaysia untuk Android

Muat-Turun KFC Malaysia untuk iOS



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2EXoEPt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.