Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Hadir Dengan Program Baik Pulih Khas Untuk Peranti Lapuk Mereka – iPhone 4S Tersenarai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Hadir Dengan Program Baik Pulih Khas Untuk Peranti Lapuk Mereka – iPhone 4S Tersenarai

Beberapa jam yang lepas, kami laporkan di mana Apple secara rasminya menghentikan sokongan baik pulih buat iPhone 5. Tetapi, usah risau – Apple memberi hak pengguna yang terbaik. Kerana menurut laporan, Apple kini hadir dengan program khas untuk membaik pulih beberapa produk lapuk terpilih mereka.

Mengejutkan, Apple turut menyenaraikan iPhone 4S sebagai salah satu peranti untuk program baik pulih khas ini. Peranti yang sudah berumur 7 tahun ini, Apple masih akan menerima peranti ini untuk dibaiki. Berikut adalah senarai peranti lain yang disokong Apple dalam program khas ini;

  • iPhone 5 (GSM/CDMA)
  • MacBook Air (11 inch, Mid 2012)
  • MacBook Air (13 inch, Mid 2012)
  • iMac (21.5 inch, Mid 2011) – hanya di AS dan Turki
  • iMac (27 inch, Mid 2011) – hanya di AS dan Turki

Bermula hujung November kelak;

  • iPhone 4s
  • MacBookPro (15-inch, Mid 2012)

Bermula Disember kelak;

  • MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2012)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2013)
  • MacBook Pro (Retina, Mid 2012)
  • MacPro (Mid 2012)
  • iPhone 5 (GSM)

Setiap produk Apple ini sudah dikira sebagai lapuk atau obselete. Mungkin masih ada baki alat-alat ganti buat produk-produk ini, jadi Apple memberi peluang buat pengguna setia mereka. Program ini dikatakan terbuka diseluruh dunia, tetapi ada beberapa produk hanya disokong oleh beberapa negara terpilih. Buat masa ini, tidak pasti Malaysia akan terserta dalam program ini. Tanbahan, peranti-peranti ini hanya boleh dibaiki jika Apple masih lagi mempunyai stok alat ganti.

Apple iPhone XR

Walaupun harga produk Apple ini dikatakan adalah untuk pengguna bangsawan, lihat produk ini sudah berumur 5-7 tahun – Apple tetap menerima sokongan. Tiada peranti Android atau Windows yang pengeluar sokong sehingga tempoh yang lama seperti ini. Pembaca Amanz pasti bijak memilih bukan? Beli produk mahal yang tahan lama, atau produk ‘murah‘ yang tahan 2-3 tahun kemudian perlu tukar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yGeTzN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.