Jaybird Tarah Pro Dilancarkan – Hadir Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 14 Jam
Lebih kurang dua bulan yang lalu, Jaybird hadir dengan Jaybird Tarah – iaitu set fon telinga nirwayar yang memfokuskan sukan yang turut mempunyai pengiktirafan MFG. Hari ini, Jaybird hadir dengan versi pro pula – Jaybird Tarah Pro.
Jaybird Tarah Pro hadir dengan ketahanan bateri sehingga 14 jam lamanya. Dari segi rekaan, bahan binaan dan lain-lain – ia adalah sama dengan Jaybird Tarah dan Jaybird X4 sebelum ini. Jaybird Tarah Pro turut menyokong kalis air IPX7 (peluh/hujan). Menurut Jaybird, dengan 5 minit pengecasan Jaybird Tarah Pro boleh digunakan selama 2 jam.
Jaybird menjual Jaybird Tarah Pro ini pada harga $159.99 (~RM668) dengan pilihan warna – Back-Flash (hitam/kuning), Mineral Blue Jade (biru kehijauan) dan Titanium Glacier (biru/silver).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F0STFh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment