Hi! Welcome Back and Stay Tune! Geometry A Dilancarkan – Kenderaan Elektrik Pertama Keluaran Geely Dengan Sistem Swapandu Tahap 2+ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Geometry A Dilancarkan – Kenderaan Elektrik Pertama Keluaran Geely Dengan Sistem Swapandu Tahap 2+

Geely ialah jenama kenderaan yang mungkin tidak berapa dikenali di Malaysia. Namun begitu syarikat dari China ini mempunyai pegangan di dalam Volvo, Lotus dan Proton. Semalam di Singapura mereka melancarkan Geometry A yang merupakan kereta elektrik pertama keluaran mereka. Selain itu ia turut hadir dengan kemampuan swapandu tahap 2+.

Geometry A ialah sebuah kenderaan sedan empat pintu dengan motor elektrik berkuasa 120 kW (161 hp) yang menghakiskan tork 250 Nm. Ini membolehkan ia mencatatkan 8.8 saat dalam ujian 0-100 km/j. Dua model yang dihasilkan dilengkapi bateri sebesar 51.9 kWh yang memberikan jarak operasi sehingga 410 km dan sebuah lagi dengan bateri 61.9 kWh yang memberikan jarak operasi 500 km.

Kokpit kenderaan dilengkapi dua skrin LCD. Satu skrin LCD kecil terletak pada bahagian stereng. Sebuah lagi skrin yang lebih besar terletak pada bahagian tengah yang boleh memaparkan sistem hiburan dan navigasi. Bagi memudahkan panduan, sistem HUD yang dipancarkan pada skrin hadapan turut disertakan. Konsol tengah pula diletakkan sistem penukaran gear jenis tombol putar serta pilihan mod panduan.

Sistem swapandu tahap 2+ membolehkan Geometry A memandu secara automatik sehingga kelajuan 150 km/j. Ia turut boleh melakukan pertukaran bertukar lorong dan parkir secara automatik. Di China harga jualan bermula dari RM210,000 (~RM 129,000) dan meningkat ke RMB 250,000 (~RM 153,000) bergantung kepada konfigurasi yang dipilih.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Z9iySq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.