Hi! Welcome Back and Stay Tune! OPPO Menamatkan Siri OPPO R – Bakal Memfokuskan Kepada Siri Find X Dan Reno - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OPPO Menamatkan Siri OPPO R – Bakal Memfokuskan Kepada Siri Find X Dan Reno

Siri OPPO R merupakan siri yang memfokuskan kepada sejumlah fungsi baru di dalam sebuah peranti kelas pertengahan. Namun terdapat laporan yang mengatakan bahawa OPPO R19 tidak akan dilancarkan, sekaligus menimbulkan pertanyaan daripada pihak media. Akhirnya melalui sebuah wawancara terkini, pihak OPPO mengesahkan mereka tidak lagi menghasilkan siri OPPO R.

Semenjak OPPO menceburi sektor penghasilan telefon mudah-alih, siri OPPO R telah terjual melebihi 100 juta unit. Namun jumlah ini kebanyakannya disumbang melalui siri OPPO R9 dan R9 Pro, iaitu sebuah siri peranti yang dikeluarkan pada tahun 2016. Dengan harga siri peranti OPPO R yang semakin mahal, ia membuatkan pengguna memilih peranti alternatif berbanding membeli telefon daripada siri ini.

Dengan penamatan siri ini, ia membuatkan siri OPPO R tidak akan lagi menerima kemaskini baru pada akan datang. Walaupun siri ini ditamatkan, pihak OPPO masih akan berpegang teguh kepada prinsip untuk menghasilkan peranti yang menawan dan berkualiti.

OPPO mengatakan bahawa mereka akan memfokuskan kepada pembangunan siri Find X dan Reno untuk segmen peranti premium. Kedua-dua siri peranti ini mempunyai nilai seumpama siri OPPO R, jadi ia mungkin tidak memberi kesan kepada penamatan ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2D4RQkn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.