Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dikatakan Sedang Membangunkan Fungsi “Night Mode” Untuk Hasil Penggambaran Malam Yang Lebih Baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dikatakan Sedang Membangunkan Fungsi “Night Mode” Untuk Hasil Penggambaran Malam Yang Lebih Baik

Sejak perkenalan Huawei P20 Pro, banyak pengeluar telah berminat untuk menghasilkan mod penggambaran malam tersendiri. Antaranya Google yang sedia hadir dengan fungsi Night Sight dan OnePlus yang telah menawarkan fungsi Night Scape. Samsung juga tidak terkecuali, kerana mereka dikatakan sedang membangunkan fungsi ini untuk ditawarkan pada peranti mereka.

Fungsi ini membolehkan kamera mengambil gambar malam yang lebih terang melalui teknik tangkapan slow shutter. Ia memerlukan pengguna memegang peranti pada waktu seketika (seperti 4 saat) dan seterusnya menstabilkan imej melalui bantuan daripada kecerdasan buatan (AI). Hasilnya, ia akan menawarkan gambar malam yang lebih terang kerana kamera dapat mengambil pencahayaan yang lebih besar.

Fungsi ini dijangka akan ditawarkan dalam sebuah fungsi yang berasingan di dalam aplikasi kamera. Bermakna, anda perlu menuju ke fungsi ini terlebih dahulu untuk menggunakannya – seumpama anda perlu menuju ke mod “Pro” untuk menggunakan fungsi manual.

Fungsi penggambaran malam ini dijangka akan diperkenalkan terlebih dahulu pada peranti mercu Samsung seperti Galaxy S10. Ia bakal hadir pada sekitar pertengahan tahun ini, yang mana akan ditawarkan melalui kemaskini baru yang bakal diperkenalkan kepada peranti.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IpUvsg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.