Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Nepal Mengharamkan Permainan PUBG Kerana Ia “Memberi Kesan Negatif Kepada Kanak-Kanak” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Nepal Mengharamkan Permainan PUBG Kerana Ia “Memberi Kesan Negatif Kepada Kanak-Kanak”

Permainan PUBG merupakan permainan berbentuk battle royale yang memerlukan pengguna bertempur antara satu sama lain untuk memenanginya. Ia telah membuatkan ramai yang meluangkan masa untuk memainkan permainan ini – termasuk golongan di bawah umur dan kanak-kanak. Namun pada hari ini, Kerajaan Nepal telah memutuskan untuk mengharamkan permainan PUBG kerana ia memberi kesan negatif kepada golongan ini.

Pengharaman ini berlaku selepas permohohan yang dibuat oleh pihak Kerajaan telah diluluskan oleh pihak Mahkamah Daerah Kathmandu. Perkara ini telah membolehkan Bahagian Jenayah Metropolitan Nepal mengarahkan Bahagian Telekomunikasi Nepal mengharamkan segala akses ke permainan ini melalui ISP dan pembekal mudah-alih.

Samsung Galaxy S10

Kerajaan negara tersebut melihat permainan ini mengganggu sesi pelajaran kanak-kanak, kerana mereka sering menghabiskan masa pada permainan ini. Ia membuatkan sesi ulang kaji atau kerja sekolah tidak dapat dilakukan, sekaligus membantutkan usaha pelajaran kanak-kanak ini. Selain itu, permainan ini juga dikatakan membuatkan mereka lebih agresif, terutama dari segi perubahan gaya percakapan dan penggunaan bahasa yang lebih negatif.

Perkara ini telah membuatkan pihak polis di sana mempunyai kuasa dalam menangani isu ini. Polis akan menangkap sesiapa sahaja yang didapati memainkan permainan ini di dalam negara tersebut. ISP atau pembekal mudah-alih juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mereka membenarkan akses kepada permainan ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Z3AuO1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.