Google Assistant Kini Boleh Mensenyapkan Peranti Android Anda
Google Assistant adalah pembantu maya terhebat yang pernah wujud di muka bumi ini. Tidak percaya? Cuba anda bandingkan Siri dan Google Assistant atau dengan pembantu maya/digital lain, pasti tiada yang sehebat Google Assistant. Malah, saya sendiri gunakannya hampir setiap hari.
Terkini, Google telah mengemaskini Google Assistant dengan kemampuan untuk mensenyapkan telefon pintar anda. Bukan setakat itu sahaja, Google turut mampu tetapkan peranti Android anda kepada mod ‘Do Not Disturb’. Paling menarik, fungsi ini turut telah diedarkan kepada kesemua platform Google Assistant seperti pembesar suara pintar, paparan pintar atau mana-mana peranti/gajet dengan Google Assistant terbina/diaktifkan.
Perkara ini dilihat membantu jika pengguna sedang memandu, di dalam mesyuarat dan banyak lagi situasi. Akan tetapi, fungsi ini tidak releva digunakan pada peranti OnePlus 2 dan ke atas kerana peranti-peranti OnePlus sehingga hari ini sudah pun mempunyai butang senyap seperti iPhone. Untuk peranti lain ia adalah fungsi yang menarik.
Berikut adalah beberapa arahan yang boleh digunakan pengguna;
- “Set the kitchen display to Do Not Disturb”
- “Silence my phone”
- “Turn off Do Not Disturb on the living room speaker”
- “Take my phone off silent”
- “Set all devices to Do Not Disturb”
- “Silence all devices”
- “Turn off Do Not Disturb on all devices”
- “Disable Do Not Disturb on all devices”
Jika anda adalah pengguna Google Assistant, anda boleh cuba arahan ini sekarang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UepOZs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment