Akhbar Star enggan terbit kolum Marina Mahathir
PETALING JAYA: Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir semalam melahirkan rasa “bosan” selepas akhbar The Star enggan menerbitkan artikelnya mengkritik sokongan kerajaan terhadap Rang Undang-undang Persendirian mengenai undang-undang syariah yang dibentang PAS di Parlimen minggu lalu.
Anak sulung bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu menerbitkan keseluruhan artikel berkenaan dalam Facebooknya, dan berkata beliau sudah muak dengan “sistem yang kononnya demokratik”.
“Mereka masih fikir kita masih sebodoh itu?” tanya Marina.
Ini bukan kali pertama akhbar harian berbahasa Inggeris itu memutus untuk tidak menerbitkan penulisan beliau.
Minggu lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Usul yang pada mulanya disenaraikan paling bawah dalam aturan urusan mesyuarat, akhirnya dibawa ke depan dengan sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam artikelnya, Marina berkata layanan sama tidak pula diberikan ketika pembangkang cuba membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat tahun lalu.
“Ketika itu, ia paling bawah dalam senarai usul kerajaan untuk didebatkan, walaupun sepatutnya kita menangani dulu sebarang cadangan untuk tidak memberi kepercayaan kepada kerajaan dalam menjalankan urusan,” kata Marina.
“Apakah kerajaan kini sudah tiba-tiba terpikat dengan pembangkang? Tidak semestinya, ia bergantung sama ada usul itu bersesuaian dengannya atau tidak.”
Beliau turut mengkritik Azalina yang dilaporkan berkata hanya menurut perintah ketika bangun menyokong usul itu dibentangkan.
“Sebab itulah ada menteri wanita dalam kabinet, bagi mengikut membuta tuli kehendak lelaki,” tulisnya berseloroh.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XUBjDn
Post a Comment