Sokong AMANAH ibarat sokong DAP, kata pemimpin PAS
PENGKALAN CHEPA: PAS menganggap menyokong AMANAH pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ibarat memberi sokongan kepada DAP.
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata pertembungan tiga penjuru dalam dua PRK kali ini jadi medan menentang DAP secara tidak langsung selepas perpecahan dua parti itu susulan terkuburnya Pakatan Rakyat yang wujud sejak PRU12.
“Kali ini (PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar) tiga penjuru antara BN, PAS, dan AMANAH yang ditaja DAP, sebab DAP kata sokong AMANAH.
“Sokong DAP sama macam sokong AMANAH,” katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-62 di Putik hari ini.
Katanya, pertembungan tiga penjuru antara BN dan Pakatan Harapan merupakan ujian dan kayu pengukur kekuatan parti Islam itu untuk berdepan dalam PRU14 nanti.
“Ini ujian untuk senario politik. Tidak apa, kita sudah biasa menghadapi pelbagai ujian dalam pilihan raya. Kita akan lihat bagaimana perjalanan itu,” katanya.
Mustafa berkata AMANAH sebenarnya yang beria-ria benar hendak bertanding melawan PAS.
“UMNO itu dah lawan tradisi kita. Sejarah 65 tahun PAS, cuma lima tahun kita tak lawan UMNO, 60 tahun lagi kita lawan UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyertaan AMANAH dalam dua PRK kali ini yang menunjukkan ia sengaja ingin menentang PAS meskipun sudah mengetahui kerusi tersebut tradisinya milik PAS.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan pada 18 Jun.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1t5nuXM
Post a Comment