RAKYAT MARHAEN
RAKYAT MARHAEN |
- PKR digesa pilih PAS atau DAP - Ahmad Fadhli
- Terima kasih Pandikar Amin Mulia, kata Takiyuddin
- PAS anggap lawan DAP cara tak langsung dalam PRK
- AMANAH beria-ria nak lawan PAS, kata Mustafa Ali
- Ahmad Termizi akui baharu dalam politik, sedia galas tanggungjawab
- Surat terbuka kepada Presiden MCA, MIC, SUPP dan Gerakan
- Dakwa putar belit, Khalid Samad saman BH RM2 juta
- PAS mesra media, kata Takiyuddin
- Pemuda PAS beri amaran kepada pengkhianat
- Mana mungkin cinta PAS-PKR bertahan, kata wakil pemuda
- Usul putus hubungan dengan PKR diteliti Majlis Syura Ulama
- ‘Jahil Islam’, ulama PAS mohon maaf pada rakyat Sarawak
- Nasrudin tegur ahli Pas tak beli Harakah
- RUU Mahkamah Syariah tak beri kesan kepada pengundi - Kak Ijat
- Pusat penamaan calon PRK K.Kangsar di Dewan Jubli Perak Ahad ini
- Calon 'edah' BN di Kuala Kangsar sukar menang, kata bekas pemimpin Umno
- SKMM digesa siasat lelaki jual 900k data rakyat - Hishamuddin Rais
- Parti politik tidak hargai orang sastera – Dinsman
- Lebih Umno Dari Umno....
- UMNO parti orang-orang bodoh.
- Tak Tipu Bukan Umno Namanya..!!
- Asal bodoh jer Umno.. Kenapa ??!!
- Siapa yg pegang duit perbendaharaan negara ??
- Manfaat mendanya pada rakyat ??!!
- APA DAH JADI RINGGIT SEKARANG ??
PKR digesa pilih PAS atau DAP - Ahmad Fadhli Posted: 02 Jun 2016 09:16 PM PDT |
Terima kasih Pandikar Amin Mulia, kata Takiyuddin Posted: 02 Jun 2016 09:01 PM PDT |
PAS anggap lawan DAP cara tak langsung dalam PRK Posted: 02 Jun 2016 08:52 PM PDT PAS akan bertemu musuh tradisi Umno dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam dua pilihan raya kecil 18 Jun ini.
Bagaimanapun, bagi parti Islam itu, mereka akan berdepan serangan lebih daripada dua penjuru, termasuk daripada DAP yang didakwa menaja AMANAH. "AMANAH ditaja oleh DAP, sebab DAP pun kata mereka akan sokong (AMANAH), sokong DAP sama macam sokong AMANAH juga. "Jadi kita lawan tiga parti sekarang, AMANAH, BN dan DAP," kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-62 di Kota Bharu hari ini. Sementara itu, Mustafa berkata AMANAH kelihatan bersungguh-sungguh mahu menandingi mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. "Yang beria-ria benar nak bertanding lawan PAS ini PAN (AMANAH) sebenarnya. "Umno itu dah lawan tradisi kita. Sejarah 65 tahun PAS, cuma lima tahun kita tak lawan Umno, 60 tahun lagi kita lawan Umno," katanya. Mustafa berkata, PAS juga perlu melihat konteks pilihan raya kecil susulan situasi kali ini kali pertama berlaku selepas keluar daripada Pakatan Rakyat. |
AMANAH beria-ria nak lawan PAS, kata Mustafa Ali Posted: 02 Jun 2016 08:47 PM PDT |
Ahmad Termizi akui baharu dalam politik, sedia galas tanggungjawab Posted: 02 Jun 2016 08:44 PM PDT Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli jujurnya mengakui beliau masih baharu dalam parti politik namun amat mengenali ramai pemimpin politik pembangkang secara peribadi antaranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sau. "Abg Mat (Mohamad Sabu) ni saya nyaris-nyaris nak sama sel dengan dia. Gambar saya ditayangkan, cuna saya lari lah. "LGE (Lim Guan Eng) saya kenal rapat dengan ayah dia Uncle Lim Kit Siang. Uncle Lim sama mengaji dengan tok guru saya Shiekh Rashid Garnaouchi. Rakan seperguruan la tu. "Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) rakan sekelas isteri saya. Kenal lama dengan Anwar juga. "Alfadhil Ustaz Ahmad Awang juga saya kenal lama. "Ngeh ko ham saya kenal lama dalam NGO," ujarnya sejurus berucap selepas diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan di PRK Kuala Kangsar. Ahmad Termizi yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa juga akui memikul satu tanggungjawab berat dipilih menjadi calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar. "Ini adalah tanggungjawab besar buat saya apabila dipilih oleh kepimpinan antara lain adalah usaha demi masa depan anak-anak kita nanti. "Ini satu tanggungjawab berat yang saya perlu pikul untuk membawa titik sejarah yang akan merubah negara ini. Ini tanggungjawab yang mesti kita lakukan bersama dan tiada pilihan lain. Read More / Baca Lagi >> |
Surat terbuka kepada Presiden MCA, MIC, SUPP dan Gerakan Posted: 02 Jun 2016 08:43 PM PDT Semenjak Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang membentangkan Rang Undang-undang (RUU)persendirian mengenai hudud baru baru ini, suasana politik negara makin hangat. Beberapa YB dengan cepat mengeluarkan kenyataan menolak RUU tersebut dan pelaksanaanya. Malahan, YB mengugut untuk meletakkan jawatan seandainya Hudud dilaksanakan. Itu memang hak YB untuk membantah. Masalahnya, begitu pantas reaksi YB sedangkan RUU itu belum lagi dibentang secara rasmi di peringkat pertama. Ia belum lagi dibahaskan. Ia juga belum lagi diluluskan oleh Parlimen dan belum lagi diluluskan oleh mana mana DUN. Katanya kerana Pelaksanaan RUU tersebut akan menyalahi Perlembagaan Persekutuan. Sebagai rakyat yang prihatin, saya mohon YB jawab persoalan saya, sekiranya benar YB ingin melindungi kedaulatan undang undang negara. Di manakah YB ketika Perlembagaan Persekutuan yang menjadi payung undang undang Malaysia dicabul? Ketika AG diberhentikan tanpa sebarang sebab yang munasabah? Ketika SOSMA disalahgunakan untuk menghukum mereka yang berlainan pendapat? Ketika cadangan dari MACC dan Bank Negara diketepikan dan ditolak bulat-bulat? Di manakah YB ketika kegawatan politik dan isu 1MDB merobek maruah negara dan menjejaskan masa depan negara? Di manakah YB ketika laporan Ketua Audit Negara berkenaan isu 1MDB dirahsiakan dan disorok dari pengetahuan rakyat? Sedangkan laporan seperti itu amat penting dikongsi secara meluas bagi memastikan ketelusan dan kejujuran dalam pentadbiran. Read More / Baca Lagi >> |
Dakwa putar belit, Khalid Samad saman BH RM2 juta Posted: 02 Jun 2016 08:40 PM PDT Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memfailkan saman terhadap media pro kerajaan, Berita Harian susulan laporan muka hadapan akhbar itu yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya.
Beliau berkata, Berita Harian sengaja memburuk-burukan reputasinya dalam laporan berkenaan usul Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan Akta 355 dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya, pihaknya sudah mengemukakan notis tuntutan itu kepada Berita Harian menerusi peguamnya, Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang. "Saya memberi tempoh sehingga minggu depan (tujuh hari) untuk mereka menarik balik dan membuat permohonan maaf kepada saya. Jika gagal, pihak kami akan mengambil tindakan saman dengan kos munasabah sehingga RM2 juta. "Ini dakwaan serius dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi saya sebagai muslim, malah ada niat jahat ingin menggambarkan saya sebagai 'khadam' kepada DAP. "Sedangkan pendirian saya ketika itu adalah berbeza dengan Ahli Parlimen DAP. Mereka tidak setuju usul itu dibahas atas peraturan mesyuarat dan saya tekankan bersetuju usul itu dibahaskan," katanya. Muka depan Berita Harian bertarikh 27 Mei lalu menyiarkan laporan: "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, AMANAH bantah" yang didakwa Khalid mempunyai agenda politik menjatuhkannya. |
PAS mesra media, kata Takiyuddin Posted: 02 Jun 2016 08:32 PM PDT |
Pemuda PAS beri amaran kepada pengkhianat Posted: 02 Jun 2016 08:32 PM PDT |
Mana mungkin cinta PAS-PKR bertahan, kata wakil pemuda Posted: 02 Jun 2016 08:31 PM PDT |
Usul putus hubungan dengan PKR diteliti Majlis Syura Ulama Posted: 02 Jun 2016 08:31 PM PDT |
‘Jahil Islam’, ulama PAS mohon maaf pada rakyat Sarawak Posted: 02 Jun 2016 08:18 PM PDT Beliau tidak bermaksud untuk menuduh masyarakat Islam di Sarawak jalil dan tidak mengamalkan Islam yang sebenar.
PENGKALAN CHEPA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed membuat permohonan maaf kepada rakyat dan perwakilan PAS Sarawak jika ucapannya sebelum ini mengguris hati rakyat di Bumi Kenyalang itu. Malah, katanya beliau tidak bermaksud untuk menuduh masyarakat Islam di Sarawak sebagai jalil dan tidak mengamalkan Islam yang sebenar. Mahfodz berkata kenyataan beliau itu sebenarnya merujuk kepada orang Sarawak yang masih belum memahami politik Islam dibawa PAS sehingga gagal menarik hati pengundi pada PRN Sarawak lepas. "Apa yang saya nyatakan adalah antara faktor PAS belum menang di Sarawak kerana (rakyat di Sarawak) ramai di sana tak faham politik Islam (yang dibawa PAS), bukannya mereka (rakyat Sarawak) tidak menghayati ajaran Islam (jahil)," katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 62 di Putik, di sini hari ini. Mahfodz ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Tok Bali, Kelantan pada Selasa berkata parti pemerintah di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meneruskan 'pemahaman penjajah' terhadap Islam sehingga rakyat Sarawak tidak faham Islam (jahil agama). Read More / Baca Lagi >> |
Nasrudin tegur ahli Pas tak beli Harakah Posted: 02 Jun 2016 08:11 PM PDT
KOTA BHARU - Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur tindakan segelintir ahli Pas yang masih lagi tidak menyokong penerbitan lidah rasmi mereka, akhbar Harakah.
Menurutnya, Harakah merupakan salah satu medium yang membantu memberi penerangan mengenai pelbagai skop terutamanya untuk menghakis segala cabaran dan serangan negatif mereka yang cemburukan parti Islam itu. "Saya tidak tahu sejauh mana perwakilan semua tahu betapa pentingnya lidah rasmi ini kepada kita. Ahli kita hampir sejuta, dan kita meletakkan sasaran 60,000 naskah untuk setiap kali keluaran, walaupun jumlah tersebut terlalu kecil dengan jumlah keahlian kita. "Kita amat kesal kalau ada perwakilan yang tidak baca harakah. Apapun, mana-mana yang masih belum pernah menyokong Harakah sebelum ini, sila tunjukkan komitmen anda kerana kita bukan jual secara luaran, maka tunjukkan usaha anda untuk langgan dan sebagainya," katanya semasa ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-62 di sini. Dalam masa yang sama, Nasrudin memberitahu, penerapan politik matang dan sederhana sebenarnya banyak membantu semua ahli kembali kepada jalan perjuangan parti dan Islam yang sebenarnya. Walaupun ada yang 'sinis' mengatakan selepas gagasan politik tersebut diterapkan, mereka tidak boleh menyampaikan ceramah 'menghentam' Umno, beliau berkata, mereka sepatutnya lebih mengutamakan penerangan untuk menterjemahkan perjuangan Islam yang dibawa Pas. Read More / Baca Lagi >> |
RUU Mahkamah Syariah tak beri kesan kepada pengundi - Kak Ijat Posted: 02 Jun 2016 08:05 PM PDT KUALA LUMPUR - Pembentangan usul Rang Undang-undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun ini.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan Wanita Umno akan turun padang untuk memberikan penjelasan mengenai RUU tersebut kepada pengundi sewaktu berkempen di PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor. "RUU ini mungkin akan menjadi isu tetapi kita akan memberi penjelasan. RUU tersebut sebenarnya bukan hudud seperti yang digempar-gemburkan oleh pihak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Festival India Global 2016 di sini, semalam. RUU itu dibentang oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, di Dewan Rakyat, Khamis lepas. Shahrizat turut merayu kepada pengundi agar terus memberikan mandat kepada calon BN bagi kedua-dua pilihan raya itu. Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. Datin Mastura Mohd Yazid merupakan calon BN di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi, calon BN di Sungai Besar. Mengenai Festival India Global itu, Shahrizat, yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, berkata festival kali ke-14 itu adalah platform terbaik bagi mendapatkan produk India di negara ini dengan harga berpatutan. Beliau juga mengingatkan para usahawan supaya menghargai kestabilan dan keamanan negara yang mewujudkan suasana harmoni bagi mereka untuk menjalankan perniagaan. Festival anjuran Agenda Suria Communication itu akan berlangsung sehingga Ahad ini di Tapak Pameran Mid Valley itu dengan mempamerkan pelbagai produk seperti tekstil, barangan perhiasan, makanan dan minuman melalui 300 tapak pameran. |
Pusat penamaan calon PRK K.Kangsar di Dewan Jubli Perak Ahad ini Posted: 02 Jun 2016 08:03 PM PDT Pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Ahad ini. Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata pusat penamaan calon itu akan dibuka selama sejam bermula 9 pagi. "Saya akan membuat pengisytiharan (calon) antara jam 10.15 hingga 10.30 pagi selepas semakan nama calon selesai dilakukan," katanya kepada Bernama. Beliau berkata tempoh kempen untuk semua parti yang bertanding akan bermula selepas selesai proses penamaan calon itu sehingga 12 tengah malam 17 Jun. Pengundian PRK itu diadakan pada 18 Jun dan dewan berkenaan juga akan digunakan sebagai pusat penjumlahan undi, katanya. Mior Muhammad Jamil turut meminta semua penyokong parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya sepanjang proses penamaan calon itu berlangsung. "Penyokong perlu berhemah, elakkan provokasi supaya proses penamaan calon berjalan dalam keadaan aman damai," katanya. PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. Sehingga kini PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan berlakunya pertandingan tiga penjuru membabitkan calon dari BN, Pakatan Harapan dan Pas. |
Calon 'edah' BN di Kuala Kangsar sukar menang, kata bekas pemimpin Umno Posted: 02 Jun 2016 07:50 PM PDT Pemilihan calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid dibidas bekas pemimpin Umno. Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman meramalkan BN dijangka berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai. Jelas beliau kerana pergerakan dan penglibatan calon BN itu yang terbatas sepanjang kempen berlangsung kerana masih dalam tempoh edah ekoran kematian suaminya penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu. "Kalau kita keluar (berkempen) pun orang susah nak bagi undi inikan pula kalau keadaan sebaliknya. "Bagi saya, walaupun kita berada dalam dunia teknologi yang serba canggih namun, setiap calon wajib turun padang bertemu, bersua muka dengan rakyat. Jelaskan visi dan misi yang ingin dibawa," katanya seperti dilapor Sinar Harian online. Menurutnya, pemilihan Mastura selaku calon juga menimbulkan tanda tanya bukan hanya kepada dirinya bahkan banyak pihak termasuk ahli BN sendiri. "Saya sendiri pun memang tak faham apa kriteria-kriteria yang menyebabkan beliau dipilih oleh BN untuk bertanding sedangkan kita tahu kedudukannya," katanya. Ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau bertanding di PRK tersebut sebagai calon bebas, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno Gopeng enggan mengulas lanjut. Katanya, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam senario politik negara pada ketika ini. |
SKMM digesa siasat lelaki jual 900k data rakyat - Hishamuddin Rais Posted: 02 Jun 2016 07:47 PM PDT Hishamuddin Rais berkata, memiliki data peribadi secara tidak sah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan seharusnya diambil.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat pengaturcara komputer sambilan, Azharuddin Othman @ Abdullah kerana menjual maklumat peribadi rakyat Malaysia.Aktivis pro-Deklarasi Rakyat, Hishamuddin Rais berkata, memiliki data peribadi secara tidak sah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan seharusnya diambil. "Memiliki data itu adalah salah, dari mana kamu (Azharuddin) dapat data itu? Itu adalah persoalan utama. MCMC (SKMM) sepatutnya mempersoalkan dari mana data tersebut diambil. "Dari mana kamu dapat 900 ribu data? Dia telah melakukan jenayah, jadi saya rasa antara pihak Deklarasi Rakyat tidak ada apa-apa hubungan seperti yang dikatakan Datuk Kamaruddin Jaafar (Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat)," katanya kepada FMT. Menurutnya, beliau sendiri turut turun padang dalam usaha mengumpul tandatangan rakyat Malaysia agar desakan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri berjaya mencapai matlamatnya. Read More / Baca Lagi >> |
Parti politik tidak hargai orang sastera – Dinsman Posted: 02 Jun 2016 07:46 PM PDT Sasterawan tempatan hanya dilibatkan dalam gelombang perubahan apabila mereka cenderung dan menyokong sesebuah parti politik.
KUALA LUMPUR: Parti-parti politik di Malaysia dilihat tidak mengangkat kewujudan sastera sebagai suatu eleman yang boleh membantu gelombang perubahan negara.Penulis isu sastera dan politik di Malaysia, Shamsudin Osman berkata, sasterawan di negara ini hanya dilibatkan dalam gelombang perubahan apabila mereka cenderung dan menyokong sesebuah parti politik. "Di zaman era reformasi setiap malam saya dipanggil untuk membaca sajak. Bukan sebab mereka hargai sajak, tetapi disebabkan kita menyokong mereka," katanya. Shamsudin yang lebih dikenali sebagai Dinsman berkata demikian pada majlis pelancaran buku Hikayat Buyung Lurus dan forum bertajuk "Yang Berhormat vs Yang Berkhidmat: Korupsi & politik oportunis di Malaysia" semalam. Malah, beliau yang aktif dalam Seniman Paksi Rakyat mengakui layanan sepi itu masih berlaku sehingga kini dan ia termasuk parti-parti pembangkang yang mentadbir beberapa negeri. Bagaimanapun, Dinsman berpandangan layanan berbeza diberikan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 02 Jun 2016 06:49 PM PDT |
Posted: 02 Jun 2016 06:47 PM PDT |
Tak Tipu Bukan Umno Namanya..!! Posted: 02 Jun 2016 06:45 PM PDT "Akan ada setelah (wafat)ku (nanti) para pemimpin (yang bohong). Barangsiapa masuk pada mereka lalu membenarkan (menyetujui) kebohongan mereka dan membantu/mendukung kezaliman mereka maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak (punya bahagian untuk) mendatangi telaga (di hari kiamat).
- (HR An-Nasaa'i dalam kitab Al-Imaroh). |
Asal bodoh jer Umno.. Kenapa ??!! Posted: 02 Jun 2016 06:44 PM PDT |
Siapa yg pegang duit perbendaharaan negara ?? Posted: 02 Jun 2016 06:43 PM PDT |
Manfaat mendanya pada rakyat ??!! Posted: 02 Jun 2016 06:41 PM PDT |
APA DAH JADI RINGGIT SEKARANG ?? Posted: 02 Jun 2016 06:39 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1RSYmY4
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan
Post a Comment