Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS hilang 200,000 ahli sejak tahun lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS hilang 200,000 ahli sejak tahun lalu

Takiyuddin-Hassan_pas_600

PENGKALAN CHEPA: Dulu PAS ada sejuta ahli, tetapi kini berkurangan kepada 800,000 kerana ada ahli yang meninggal dunia dan keluar parti.

Pada Muktamar ke-62 hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata jumlah ahli parti itu kini berkurangan.

Katanya, PAS pernah mencecah jumlah sejuta ahli sebelum ini, dengan anugerah khas diberikan kepada ketua cawangan Tumpat selepas ahli ke-sejuta mendaftar di cawangan itu.

Pada Mac tahun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di Facebook, PAS mempunyai 1,000,300 ahli.

Takiyuddin hari ini berkata, selepas mengemas kini rekod keahlian, parti itu kini mempunyai 800,000 ahli.

“Kita kena telus. Sesetengahnya meninggalkan parti, dan ada yang meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata parti itu kini sedang menambah jumlah ahli dengan membuka lebih banyak cawangan dan ia dijangka meningkat jika ahli sayap penyokong PAS dibenarkan menjadi ahli PAS.

Pada masa ini, keahlian hanya dibuka kepada umat Islam tetapi kepimpinan parti mengkaji semula peraturan berkenaan, yang mungkin menyaksikan bukan Islam dibenarkan menjadi ahli parti Islam berkenaan.

Takiyuddin juga mengumumkan semua cawangan dan bahagian PAS dengan jentera parti diwajibkan mendaftarkan inventori mereka.

Katanya, ia perlu dilakukan bagi mengelak mereka yang sudah keluar PAS tidak mengambil aset parti bersama mereka ke parti baharu, memandangkan kepimpinan PAS ada menerima aduan seumpama itu.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Zi5kMd

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.