Hi! Welcome Back and Stay Tune! Usul Hadi boleh benarkan Kelantan laksana hukum potong tangan, kata G25 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Usul Hadi boleh benarkan Kelantan laksana hukum potong tangan, kata G25

HududPETALING JAYA: Kumpulan pesara kerajaan Melayu G25 mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang rang undang-undang dibentangkan presiden PAS di Dewan Rakyat Khamis lalu tidak kena-mengena dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Menurutnya, walaupun pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak membenarkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman mati, ia masih bebas menjatuhkan hukuman berat lain yang termasuk dalam kategori hudud seperti 100 kali sebatan untuk kesalahan zina dan potong tangan untuk kesalahan mencuri.

“Dewan Undangan Negeri Kelantan telah pun pada tahun 2015 meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015.

“Rang Undang-Undang 2015 Negeri Kelantan ini memperuntukkan hukuman hudud untuk kesalahan-kesalahan seperti zina, mencuri, merompak, liwat, minum arak dan murtad,” kata G25 dalam satu kenyataan.

Khamis lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen yang antara lain bertujuan mengeluarkan halangan tersebut.

Kumpulan moderat Melayu itu juga menyeru PAS lebih menitikberatkan kehidupan rakyat Kelantan di bawah pentadbirannya.

“Kami menggesa Kerajaan Negeri Kelantan supaya memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki kehidupan rakyat Kelantan, sebuah negeri yang termiskin sekali di Semenanjung Malaysia dan mempunyai gejala sosial yang tertinggi sekali, daripada taksub dengan hudud.

“Tentu sekali Kerajaan Negeri Kelantan tidak perlu diperingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin selepasnya sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat dan bukannya mengamal suatu pemerintahan yang asyik dengan soal menghukum,” katanya.

“Malaysia adalah sebuah Negara berbilang agama, berbilang kaum dan berbilang budaya. Oleh itu, hudud adalah tidak sesuai dan tidak akan diterima oleh majoriti besar masyarakat Malaysia.”





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1t5nPcY

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.