Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Perangai Perempuan Yang Lelaki Paling Meluat! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Perangai Perempuan Yang Lelaki Paling Meluat!

Perangai Perempuan.Perangai perempuan memang ada macam-macam. Namun, setiap wanita selalu berharap agar menjadi wanita yang seratus peratus di hati setiap lelaki yang dicintai.

Meluat

Untuk terus kekal dicintai si dia/suami, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan perangai perempuan yang tidak disukai lelaki yang perlu anda fahami.

Jika tidak dikawal, anda bakal termasuk dalam kategori wanita yang tidak memenuhi tahap untuk menjadi kekasih atau isteri yang baik.

Berikut adalah 10 perangai perempuan yang tidak disukai lelaki dari wanita yang perlu anda berikan perhatian.

1. Anda berpura-pura mengatakan tidak ada apa-apa, padahal di dalam hati sudah terang-terang menunjukkan anda tidak menyukainya. Walaupun sudah mengatakan tak ada apa-apa, namun kemarahan tersebut jelas ketara.

2. Selalu merasakan diri anda yang betul dan ada sering menyalahkan orang lain setiapkali permasalahan terjadi.

3. Selalu mengancam atau menggugut untuk memutuskan perhubungan atau bercerai.

4. Sengaja membesar-besarkan masalah ataupun berbohong untuk membuatkan si di/suami bimbang.

5. Selalu mengungkit masalah yang sudah lama berlalu. Satu masalah sahaja boloh diungkit sehingga 10 kali. Paling teruk lagi, jika masalah tersebut tak ada hubungannya sama sekali dengan pertengkaran yang terjadi.

6. Selalu mengkritik setiapkali membeli barang dan membuatkan si dia/suami merasakan anda adalah wanita yang paling cerewet dan cukup merimaskan.

7. Selalu tidak melihat situasi yang tepat untuk berbicara, terus sahaja bergaduh dan bersikap ‘kepala batu’ serta enggan mengalah sekalipun pertengkaran tersebut sebenarnya berpunca daripada sikap anda sendiri.

8. Suka berkongsi masalah atau bercerita apa yang sedang berlaku di antara anda dengan si dia/suami pada orang lain. Anda langsung tidak menjaga maruah si dia/suami di mata orang lain.

9. Selalu membuang waktu untuk bersolek ketika mahu keluar, sekalipun hanya untuk membeli sarapan ataupun membuang sampah. Anda tetap nak pakai bulu mata palsu ataupun maskara!

10. Ketika bertengkar terus sahaja update status di media-media atau tukar profil gambar semata-mata untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati anda.

BACA INI JUGA: Mahu Isteri Seorang Doktor? Anda Patut Tahu Ini

Sumber: Wom



Kredit kepada SentiasaPanas

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.