Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Dua Jaguh Badminton Negara, Satu Melayu, Satu Cina Namun Sehati Sejiwa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Dua Jaguh Badminton Negara, Satu Melayu, Satu Cina Namun Sehati Sejiwa

Kisah dua jaguh badminton negara. Seorang berketurunan Melayu, seorang berketurunan Cina.

Sekitar tahun 1999, pada usia 17 tahun, seorang mamat Cina yang bernama Lee Chong Wei terpilih menyertai latihan pusat skuad badminton negara. Antara tenaga jurulatih skuad negara ketika itu, mamat Melayu bernama Misbun Sidek.

Lebih tujuh tahun Misbun bimbing Chong Wei, dan dalam tempoh itu lah hubungan Misbun dan Chong Wei semakin erat.

Usai tamat final Sukan Olimpik 2012 yang lalu, meskipun tewas kepada Lin Dan, antara orang pertama yang Lee Chong Wei hubungi adalah Misbun Sidek.

Pernah juga, disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid, Chong Wei sampai menangis kepenatan. Tetapi Chong Wei dengan bimbingan Misbun, tidak pernah berputus asa.

Chong Wei pada tahun 2011 pernah kata, “Misbun lebih daripada seorang jurulatih. Beliau umpama ayah saya”.

Misbun selepas kemenangan All England 2010 pernah kata, “Chong Wei anak didik paling disiplin saya pernah jumpa. Kalau dia kalah, ia bukan sebab dia tidak berlatih, tapi sebab penat atau kecederaan.”

Misbun berketurunan Melayu, Chong Wei berketurunan Cina. Tapi ini tidak menghalang mereka daripada menjadi “the dynamic duo”.

Tanpa Misbun, siapa Chong Wei.
Tanpa Chong Wei, siapa Misbun.

Menang kalah adat perlawanan.
Janji #KitaLawan sama-sama.
Kita menang masuk final sama-sama.
Kita raih pingat perak sama-sama.
Kita bangkit semula sama-sama.

Ini semangat perpaduan, ini semangat satu Malaysia.



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.