Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada pemimpin Umno dapat tandingi Onn Jaafar, kata aktivis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada pemimpin Umno dapat tandingi Onn Jaafar, kata aktivis

art-harun-onn-jaafar-1PETALING JAYA: Pemimpin Umno zaman sekarang tidak mampu menandingi presiden pertamanya Datuk Onn Jaafar, kata seorang peguam dan aktivis terkemuka mengenai datuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Azhar Harun yang juga dikenali sebagai Art Harun mencabar Hishammuddin untuk menamakan mana-mana pemimpin Umno yang boleh mencontohi presiden dan pengasas mereka dalam aspek menjalani kehidupan yang sederhana.

“Bila beliau dilantik sebagai menteri dalam negeri, ketika darurat, Onn Jaafar berpindah ke Kuala Lumpur dan tinggal dan rumah setingkat, iaitu sekarang di Persiaran Stonor.

“Walaupun berada dalam era darurat, sebagai menteri dalam negeri, beliau menolak kawalan polis,” kata Azhar sebagai respons kepada kenyataan Hishammuddin mengenai kualiti peribadi datuknya itu, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Kota Baharu, pada Ahad.

“Walaupun bertahun-tahun menjadi ahli politik tertinggi dan memegang jawatan menteri, Onn Jaafar meninggal dunia dengan hanya ada RM300 dalam akaun banknya dan RM30 lagi bersamanya. Beliau ada sebuah kereta, Austin 70 dengan nombor plat kenderaan JB 4188,” kata Azhar, yang mendapat maklumat itu daripada Azah, anak perempuan Onn Jaafar (ibu saudara Hishammuddin).

“Mahukah mana-mana daripada anda pemimpin Umno tinggal di rumah setingkat tanpa pengawal dan orang suruhan? Boleh anda hidup dengan sebuah kereta dan hanya RM30,000 (selepas mengambil kira faktor inflasi) dalam akaun bank seperti datuk anda?” soal Azhar kepada Hishammudin, menambah yang legasi Onn Jaafar tidak boleh dan tidak sepatutnya terpecah.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan dalam ucapannya di hadapan perwakilan Umno Kota Bharu berkata datuknya tidak mencemarkan imej Umno selepas membuat keputusan keluar parti, dan ia satu sikap yang patut dicontohi semua ahli parti.

Merujuk kepada itu, Art mengingatkan Hishammuddin kata-kata terakhir yang diucapkan Onn Jaafar kepada ahli parti dalam mesyuarat agung Umno yang terakhir dihadirinya pada 25-26 Ogos 1951 di Hotel Majestic di Kuala Lumpur.

“Onn Jaafar berkata:’Umno mesti berhenti menilai sesuatu perkara dengan sempit, seperti tinggal bawah tempurung kelapa, jadi bercakap tanpa peduli untuk kisah atau perasan yang ada orang lain dalam tempurung kelapa di sebelahnya’.

“Jadi, boleh anda dan rakan parti anda sekarang ikut apa yang datuk anda cakap, 65 tahun lalu,” cabar Art kepada Hishammuddin.

Persoalan mengenai kesetiaan kepada pemimpin parti, Art berkata sejarah mencatatkan Onn Jaafar sebagai seorang yang tidak bertoleransi dengan mana-mana bentuk ketidakadilan dan ketidaksaksamaan, meskipun ia dilakukan oleh Sultan, apatah lagi jika pemimpin parti, dan selalu meletakkan keimanan pada Tuhan.

“Pernah Onn Jaafar memberitahu cucunya Datuk Mohamed Abid, orang Melayu jangan sembah sesiapa kecuali Tuhan, itu nasihatnya,” kata Art mengenai pengasas Umno itu, dan ia boleh dirujuk dalam buku Abid bertajuk “Reflections of Pre-Independence Malaya”.

Art berkata, ketika menjadi menteri besar, Onn Jaafar pernah dua kali mengkritik dan membantah Sultan Johor, dan akibatnya beliau dibuang negeri dan terpaksa tinggal dalam buangan di Singapura dan bekerja sebagai wartawan.

“Onn Jaafar pernah berkata:’Saya membantah Sultan sendiri kerana tindakannya terhadap rakyat, dan kesannya, saya dibuang daripada perkhidmatan kerajaan. Kemudian, kerana kerap membangkang ketidakadilan Sultan terhadap rakyatnya, saya sekali lagi disingkir daripada jawatan kerajaan dan dibuang dari negeri Johor’,” katanya.

Onn Jaafar ialah bekas menteri besar Johor dan dilaporkan meletak jawatan selepas tidak setuju untuk menerima syarat untuk bekerja dengan Sultan Johor, kata Art, menambah peletakan jawatan itu juga kerana beliau mahu “mengabdikan diri sepenuhnya untuk kerja Umno”.

Art berkata Onn Jaafar bekerja keras untuk orang Melayu tetapi kemudian dipaksa keluar dari Umno kerana parti membantah dasar inklusifnya terhadap bukan Melayu.

“Saya rasa anda pasti ingat datuk anda bekerja keras untuk manfaat bangsa yang diwakilinya, orang Melayu dan kemudian berfikir kita patut melihat kepada pembinaan negara dari perspektif hanya satu bangsa.

“Itu, seperti anda tahu, akhirnya menyebabkan peletakan jawatannya daripada Umno,” kata Art, menambah yang Onn Jaafar seorang insan bijak dan mendahului zamannya.

 





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.