Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahdzir: Jaga kebersihan tandas sekolah agenda nasional tahun depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahdzir: Jaga kebersihan tandas sekolah agenda nasional tahun depan

Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu kerjasama dalam menjaga kebersihan tandas sekolah. — Foto oleh Saw Siow FengLANGKAWI, 23 Ogos — Budaya menjaga kebersihan tandas sekolah secara bersama akan cuba diterapkan mulai tahun depan sebagai satu agenda nasional untuk diamalkan di negara ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya cadangan ini akan melibatkan kerjasama di antara guru, ibu bapa dan pelajar di setiap sekolah supaya amalan menjaga kebersihan tandas secara bersama itu dapat menjadi satu budaya yang berlaku secara sukarela.

“Segmen kebersihan ini akan menjadi agenda nasional juga...tetapi bukan dengan (melaksanakan) hukuman dan sebagainya. Kita hendak dengan (secara) sukarela (semua pihak) menjaga kebersihan (tandas),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah di sini malam tadi.

Sebagai permulaan, katanya pihak kementerian tidak akan memberi sebarang insentif kepada sekolah untuk mengamalkan budaya ini bagi memastikan ia benar-benar berlaku tanpa dipaksa.

“Sekarang ini pun sudah ada sekolah yang boleh dianggap mempunyai (tandas) bertaraf lima bintang juga. Saya tidak hendak menyebut apa-apa lagi tentang insentif. Mulakan dahulu dengan rela hati,” katanya. — Bernama



Source : Malay Mail Online | All http://ift.tt/2bQpChi

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.