Bergaduh mulut lapan jam ‘tanpa henti’, dua wanita pengsan
HONG KONG, 22 Ogos — Dua wanita di barat laut China pengsan akibat keletihan selepas saling bercakaran selama lapan jam tanpa makan dan minum.
Wanita pertengahan usia terbabit yang tidak dinamakan bergaduh di jalan raya di Ankang, wilayah Shanxi minggu lepas, lapor South China Morning Post.
Polis difahamkan kedua-duanya bergaduh kerana masalah hutang.
Menurut polis, kedua-dua mereka mula bertemu sekitar jam 2 petang.
Sejam selepas itu, salah seorang wanita terbabit pernah meminta bantuan polis namun menolak cadangan pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah di mahkamah.
Pair faint from exhaustion after quarrelling for eight hours without eating or drinking https://t.co/bsppo5Mblf http://pic.twitter.com/bqpDMGVytm
— SCMP News (@SCMP_News) August 21, 2016
Kedua-duanya didapati pengsan atas jalan raya selepas polis kembali semula ke tempat kejadian lapan jam berikutnya pada 10 malam.
Salah seorang berbuih di mulut dan tidak dapat mengawal nyahtinja.
Mereka langsung tidak makan dan minum sepanjang bergaduh walaupun cuaca pada hari tersebut sangat panas, kata polis.
Kedua-dua wanita terbabit kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut portal China Topix, pergaduhan pelik di tengah-tengah jalan bukanlah perkara asing di republik tersebut.
Source : Malay Mail Online | All http://ift.tt/2bhhzay
Today updated news promoted by Mukah Pages
Post a Comment