Kebersihan tandas sekolah jadi agenda nasional
LANGKAWI: Budaya menjaga kebersihan tandas sekolah secara bersama akan cuba diterapkan mulai tahun depan sebagai satu agenda nasional untuk diamalkan di negara ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Katanya cadangan ini akan melibatkan kerjasama di antara guru, ibu bapa dan pelajar di setiap sekolah supaya amalan menjaga kebersihan tandas secara bersama itu dapat menjadi satu budaya yang berlaku secara sukarela.
“Segmen kebersihan ini akan menjadi agenda nasional juga… tetapi bukan dengan (melaksanakan) hukuman dan sebagainya. Kita hendak dengan (secara)
sukarela (semua pihak) menjaga kebersihan (tandas),” katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai
Pendidikan Daerah di sini semalam.
Sebagai permulaan, katanya pihak kementerian tidak akan memberi sebarang insentif kepada sekolah untuk mengamalkan budaya ini bagi memastikan ia benar-benar berlaku tanpa dipaksa.
“Sekarang ini pun sudah ada sekolah yang boleh dianggap mempunyai (tandas) bertaraf lima bintang juga. Saya tidak hendak menyebut apa-apa lagi tentang insentif. Mulakan dahulu dengan rela hati,” katanya.
Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today
Post a Comment