Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shahrol Azral Tetap Mengatakan Najib Bersalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shahrol Azral Tetap Mengatakan Najib Bersalah

Bekas CEO 1MDB dakwa Najib enggan buat penilaian semula aset 

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim mendakwa Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya. 

Perkara itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang merujuk kepada kedudukan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. 


“Selanjutnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB menyediakan kertas ringkasan komprehensif kepada pengerusi Lembaga Penasihat yang mengandungi kronologi peristiwa berkaitan perjanjian usaha sama, status pembiayaan dan ketidakpuasan hati Lembaga Pengarah 1MDB terhadap laporan penilaian aset PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. 

“Bagaimanapun, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset syarikat usaha sama tersebut kerana pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai pemilikan syarikat usaha sama. 

“Namun demikian, semakan JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat,” menurut laporan itu. 


Mahathir: Najib tahu, kenapa hukum bekas CEO 1MDB


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi. 

"Saya rasa sedih pada (bekas) CEO itu, dia tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak. 

"(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu. 

"Sebenarnya tiada apa boleh dibuat tanpa persetujuannya, jadi kenapa hukum lelaki (bekas CEO) ini," kata Mahathir. 

Antara kelemahan yang dipetik dalam laporan PAC mengenai 1MDB adalah pengurusan yang melanggar keputusan dan nasihat daripada lembaga pengarah, atau bertindak sebelum ahli Lembaga membuat keputusan tertentu. 

Lembaga pengarahnya dalam satu kenyataan kemudian menawarkan diri untuk meletakkan jawatan. 

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Mahathir menjawab bahawa seluruh 1MDB perlu dibubarkan. 

"Mereka tidak melakukan apa-apa yang baik sama sekali," katanya. 

Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum tertutup mengenai gerakan 'Selamatkan Malaysia' di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur. -mk



ULASAN 

Berhiruk pikuk golongan ultra-taksub semalam apabila Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tan Seng Giaw (Kepong-DAP) berkata Najib tidak boleh dipertanggungjawabkan diatas skandal sekitar 1MDB. 

Kononnya Presiden PAS mempunyai ilmu luar batasan apabila meminta rakyat tidak menghukum Najib sebelum dibuktikan bersalah dalam isu 1MDB. 

Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Tan Seng Giaw itu ialah ulasannya mengenai perjalanan 1MDB dengan tidak mengambil kira peranan Lembaga Penasihat. 

Kenyataan di atas oleh bekas CEO 1MDB membuktikan bahawa Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat memang ada peranan, malah besar peranannya iaitu 

Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.

Dan memang benar kata TDM, bekas CEO itu tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak. 

(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu. Jadi mengapa letakkan kesalahan hanya kepada CEO tersebut? Apatah lagi hutang yang ditanggung oleh 1MDB adalah RM50 bilion. 

Dan hari ini Timbalan Presiden PAS, TITM meminta Najib meminta maaf.... kalau Najib tak bersalah apasal TITM suruh Najib meminta maaf, wahai ultra-taksub?


Sumber : Suarakami4.blogspot.my 

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.