Dengan 10 rakan lelaki, remaja akui buat seks hingga lapan kali sehari
PORT DICKSON, 12 Ogos — Seorang remaja 14 tahun mengakui melakukan seks hingga lapan kali sehari bersama 10 rakan sebaya, termasuk di rumahnya.
Maklumat itu didedahkan dalam siasatan polis setelah keluarganya membuat aduan polis setelah mengetahui gelagatnya sejak awal tahun ini, lapor Harian Metro.
Remaja perempuan itu melakukan seks dengan rakan sekolah, yang berusia 15 hingga 17 tahun, termasuk di rumah keluarganya ketika mereka pulang ke kampung.
Susulan laporan keluarganya seminggu lalu, polis menahan 10 suspek untuk siasatan.
“Tujuh daripada mereka dikenal pasti sama sekolah dengan mangsa,” ketua polis Port Dickson Supt. Adzli Abu Shah dipetik sebagai berkata.
Namun tiga dibebaskan dengan jaminan polis kerana menduduki percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akan disiasat selepas tamat peperiksaan.
from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aQoqeR
Today updated news promoted by Mukah Pages
Post a Comment