Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada seniman besar hadir di pusara pelawak Piee - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada seniman besar hadir di pusara pelawak Piee

Subariah Shafiee, 53 menyiram air mawar di pusara bapanya yang merupakan pelakon dan pelawak terkenal, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Piee. ― Foto BernamaBALIK PULAU, 12 Ogos ― Allahyarham Shaffii Jaafar atau lebih dikenali sebagai Piee bukanlah nama besar dalam industri seni tanah air, tetapi anak kelahiran Pulau Pinang itu dikenali ramai melalui filem-filem lakonannya terutama cerita berkaitan pulau mutiara itu.

Bagi peminat filem, cerita-cerita seperti Anak Mami dan Mami Jarum seperti tidak lengkap jika tiada kelibat Piee, walaupun bukan sebagai watak utama.

Allahyarham Piee, 85, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 9 malam tadi di rumah anaknya di Flat Jalan Hassan Abbas di sini akibat sakit tua dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Bahang di sini, pada pukul 3.30 petang tadi dengan dihadiri anggota keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Tiada kelibat nama-nama besar dalam industri filem negara mahu pun rakan-rakan artis dari luar Pulau Pinang dilihat pada pengebumian Piee.

Keadaan itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kecewa penggiat seni veteran Omar Md Hashim atau dikenali sebagai Omara, 61, yang menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan seorang pelakon yang dedikasi.

"Allahyarham telah banyak menyumbang dalam lakonan filem seperti Nana

Tanjong, Anak Mami, Jutawan Fakir, Mami Jarum dan banyak lagi. Sekurang-kurangnya mereka hadir sebagai tanda hormat dan terima kasih atas jasa arwah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.  

Bagaimanapun bagi keluarga Allahyarham, mereka memahami sekiranya penggiat seni dari luar Pulau Pinang tidak dapat hadir menziarah. 

Subariah Shaffii berkata beliau tidak mengharapkan apa-apa dan memahami mereka tidak dapat hadir menziarahi Allahyarham bapanya mungkin disebabkan kekangan masa. 

"Sebagai anak, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini terutamanya kariah masjid yang banyak membantu melancarkan pengebumian arwah ayah," katanya. 

Shaffii yang dilahirkan pada 9 Jan 1931 di Kedah mempunyai sembilan orang anak dan telah bergiat aktif dalam industri perfileman tanah air sejak tahun 80-an. 

Allahyarham berhenti berlakon sejak tahun 2011 disebabkan masalah kesihatan, dengan filem terakhirnya ialah Kongsi sebagai pelakon tambahan. 

Antara yang hadir pada pengebumian Allahyarham ialah penggiat seni boria tempatan Hasyim Ariffin, 56, peserta Maharaja Lawak dari kumpulan Mamu, Abu Musarrif Abu Bakar, 28, dan penyanyi zaman 60-an Mohd Hashim Mohd Sharif yang dikenali sebagai Rocky Din, 67.— Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aQnPKm

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.