Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Malaysia Memperkenalkan Peranti Suara EXTRA BASS Yang Terkini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Malaysia Memperkenalkan Peranti Suara EXTRA BASS Yang Terkini

Sony merupakan satu jenama yang tidak asing dikalangan pengguna tempatan, dan menawarkan produk elektronik yang pelbagai. Salah satu penawaran dari mereka adalah peranti audio seperti fon kepala dan juga pembesar suara. Pada hari ini mereka telah memperkenalkan sejumlah peranti baru dibawah keluarga EXTRA BASS.

Sony GTK-XB7 -IMG_2424

Sony GTK-XB7 -IMG_2411 Sony GTK-XB7 -IMG_2413

Peranti yang pertama diperkenalkan adalah pembesar suara GTK-XB7 dengan kualiti Bass yang yang tinggi dan dan pembesar suara (woofer) berfrekuensi rendah sebesar 16cm. Pembesar suara ini boleh diletakkan secara melintang atau menegak, dan boleh dihubungkan bersama-sama unit pembesar suara GTK-XB7 yang lain secara Bluetooth (Party Chain). Pada pembesar suara ini juga terdapat lampu yang akan berkelip mengikut irama dan rentak lagu yang dimainkan. Pada bahagian atas peranti ini terdapat ruang letak yang sesuai untuk telefon pintar, dan fungsi NFC digunakan bagi menghubungkan pembesar suara dengan peranti telefon pintar. Ia mempunyai tahap bunyi sehingga 105.5 dB dan dijual pada harga RM 1,199

Sony XB3 -IMG_2496 Sony XB3 -IMG_2427 Sony XB3 -IMG_2432 Sony XB3 -IMG_2492

Seterusnya Sony Malaysia memperkenalkan pembesar suara mudah-alih SRS-XB3 dan SRS XB2. SRS-XB3 mempunyai bentuk yang lebih petak, dan boleh diletakkan secara menegak. Ia hadir dalam rekaan yang kompak dan mudah dibawa kemana-mana, serta turut mempunyai ketahanan IPX5 iaitu kalis terhadap tumpahan air. Selain dari menjadi pembesar suara, ia boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon pengguna. Terdapat fungsi bagi menghubungkan pembesar suara ini kepada model yang sama, membolehkan pengguna memperoleh pengalaman bunyi audio menggunakan dua pembesar suara dengan menggunakan butang ‘Pairing’. Selain dari itu, terdapat juga butang khusus membolehkan pengguna menikmati ‘Bass’ yang lebih berkualiti. Bateri XB3 boleh bertahan selama 24 jam pada penggunaan secara terus-menerus.

Sony XB2 -IMG_2461 Sony XB2 -IMG_2468

SRS-XB2 pula merupakan penawaran yang hampir serupa dengan fungsi menghubungkan peranti boleh bertahan selama 12 jam.Ia membawakan rekabentuk yang lebih kecil dan tidak boleh diletakkan secara menegak.  XB3 yang hadir pada bentuk sedikit petak dijual pada harga RM 499 dan XB2 dijual pada harga RM 339.

Sony MDR-XB950BT -IMG_2479

Sony MDR-XB950BT -IMG_2483 Sony MDR-XB950BT -IMG_2477

Satu lagi peranti dibawah siri EXTRA BASS ialah fon audio MDR-XB650BT. Fon audio premium ini hadir dengan saiz corong pembesar suara yang besar, berfungsi menghalang bunyi luaran mengganggu pengalaman menggunakannya. Terdapat butang khusus EXTRA BASS yang apabila digunakan, akan memberikan kualiti Bass yang lebih jitu dan padu. Ia mempunyai pembesar suara bersaiz 30mm dan turut menyokong fail format AAC untuk dimainkan. Meskipun beroperasi secara Bluetooth, menerusi ujian singkat, bunyi yang dihasilkan oleh peranti ini agak mendalam dan agak selesa memakainya walaupun kelihatan besar. Ia mempunyai bateri yang boleh bertahan selama 30 jam. Peranti ini dijual pada harga RM 688.

Kesemua peranti ini telah mula dijual di pasaran tempatan dan bagi anda yang ingin mencubanya, anda boleh hadir ke pusat membeli-belah Mid Valley pada akhir minggu ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aYkI0k

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.