Apa Itu Kencing Tikus? Punca Jangkitan, Simptom Dan Rawatannya
Penyakit kencing tikus ialah penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan.
Ketika mula-mula ditemui, bakteria ini dikenal pasti berpunca daripada tikus dan jika tidak dirawat segera, penyakit kencing tikus boleh merebak dan membawa maut.
Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada haiwan liar ataupun binatang peliharaan.
Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan.
Faktor risiko Jangkitan Kencing Tikus
Tanda-tanda, Gejala dan Simptom Dijangkiti Kencing Tikus
Rawatan Kencing Tikus
Langkah Pencegahan Jangkitan Kencing Tikus
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
Sumber: Wanista | SENTIASAPANAS

- Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
- Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
- Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
- Terdedah di tempat yang banjir di mana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk ke dalam mata, hidung atau mulut (terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda-tanda, Gejala dan Simptom Dijangkiti Kencing Tikus
- Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
- Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
- Batuk tidak berkahak.
- Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
- Radang selaput mata.
- Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Rawatan Kencing Tikus
- Pesakit akan diberi ubat-ubatan seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis.
- Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Langkah Pencegahan Jangkitan Kencing Tikus
- Jika anda membeli makanan atau minuman tin, cuci terlebih dahulu sebelum dibuka dan digunakan.
- Basuh makanan dirumah anda terutamanya yang terdedah kepada lipas dan tikus sebelum dimakan.
- Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
- Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.
- Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
- Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
- Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang.
- Pastikan anda membuat semburan disinfeksi di tempat yang berisiko dicemari.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Kenapa Islam Menyamak Najis Berat Dengan Tanah?
- Fakta Kenapa Coca-Cola Haram Diminum Oleh Umat Islam
Sumber: Wanista | SENTIASAPANAS
Jangan lupa share!
Post a Comment