Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan “Memulakan Semula” Projek Kenderaan Yang Dipandu Automatik Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan “Memulakan Semula” Projek Kenderaan Yang Dipandu Automatik Mereka

Apple boleh dikatakan sering merahsiakan pelbagai projek yang sedang dibangunkan oleh mereka, dan salah satu yang masih kekal rahsia adalah projek kereta pintar atau kenderaan yang dipandu automatik oleh mereka.

Terkini, menurut salah satu laporan baru, ia dikatakan Apple sedang melihat kembali kepada projek berkenaan, dan diperkatakan telah menghentikan sejumlah pembangun dan pekerja daripada bahagian berkenaan.

Ia dikatakan berbanding ingin hadir dengan kereta sendiri sepenuhnya, kini Apple lebih kepada ingin membangunkan teknologi disebalik kenderaan pintar itu sendiri.

Apple sebelum ini telah memulakan projek yang dinamakan Project Titan ini sekitar dua tahun lepas, dan telah mendapatkan tenaga pakar daripada pelbagai syarikat untuk membangunkan projek berkenaan – yang mana masih kekal misteri sehingga hari ini.

Selain Apple, sejumlah syarikat lain turut sedang membangunkan projek kenderaan elektrik yang dipandu automatik mereka tersendiri, termasuk antaranya adalah Google dan juga Uber.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cSe4uh

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.