Pandelela takut lintah, akui belum punya kekasih
KUCHING: Ratu penerjun negara Pandelela Rinong, 23, mengakui bahawa beliau tidak selesa apabila dipandang atau direnung orang setiap masa selepas menjadi terkenal
Katanya, hakikatnya beliau ialah seorang yang “low profile”, tidak mahu menonjol diri.
Namun, sejak dua kali memenangi pingat di Sukan Olimpik, Pandelela tidak lagi dapat hidup sebagai gadis biasa. Pandelela tidak lagi dapat berundur ke belakang, sebaliknya perlu terus mara.
Baru-baru ini, Instagram Pandelela mencecah 100,000 pengikut, manakala Facebook rasminya melebihi 117,000 likes,
“I wish they would understand that I am a low profile person. I’m not comfortable with people looking at me all the time. Sometimes I just want to be normal. I just want to walk around and have fun with my friends without people staring at me all the time,” katanya apabila ditanya perkara yang beliau mahu orang ramai tahu tentang dirinya.
Baru-baru ini, gadis Bidayuh yang berasal dari Kampung Kupuo Jugan, Bau dan meminati K-pop telah memenangi pingat gangsa di Olimpik Rio, dan dianugerahi sebuah kondominium mewah, ganjaran wang tunai oleh kerajaan dan sebuah syarikat.
Aset dan kekayaan Pandelela kini dianggarkan sekurang-kurangnya RM2 juta.
Pada Olimpik 2012 di London, peminat rancangan TV, Supernatural dan buku Darak Highways karya Megat Ishak ini turut memenangi pingat gangsa.
Di London empat tahun lepas, Pandelela menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik apabila mendapat gangsa dalam acara 10m platform individu.
Turut bermain Pokemon Go ketika di Rio, namun Pandelela berkata, tidak lagi meneruskan permainan itu sejak kembali ke tanah air, kerana ia cepat memakan bateri telefon genggamnya.
Pandelela takut kepada lintah, dan pernah digigit lintah ketika berusia 10 tahun, sehingga menyebabkan dia fobia.
Sentiasa meletakkan sasaran tinggi dalam hidupnya, Pandelela berkata memenangi pingat di Sukan Olimpik memang menjadi matlamatnya.
“Ia sentiasa menjadi matlamat saya. Ketika mula-mula terjun, jurulatih saya memberi keratan akhbar berkenaan penerjun China, Guo Jingjing, dan beliau beritahu saya, ‘Saya mahu kamu sampai ke Olimpik, dan berdiri di atas podium.”
Di Rio baru-baru ini, Pandelela dan Cheong Jun Hoong berjaya memenangi pingat perak, justeru berkongsi ganjaran RM300,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang.
Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.
Pasangan itu meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita, untuk pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio, selepas mengumpul 344.34 mata di belakang pemenang emas dari China, manakala gandingan Kanada mendapat gangsa.
Ditanya perkara atau kegemaran yang beliau rindui sebelum menyertai pertandingan, katanya, “Almost everything. I used to be able to go wherever I want, whenever I like, and eat anything I want. I am a food lover, and I like to eat whatever I want, even though my nutritionist tells me not to.”
Namun, katanya, kalau sudah dekat dengan pertandingan, dia tidak akan lakukan perkara berkenaan.
Ditanya oleh Star2 sama ada mempunyai teman lelaki ketika ini, Pandelela mengakui hatinya belum lagi dimiliki mana-mana jejaka.
“Teman-teman saya selalu beritahu, saya tak ada masa untuk teman lelaki, dan saya malah tidak ada masa untuk menjaga diri saya sendiri!” katanya.
Namun, kekasih yang ideal bagi Pandelela ialah yang memahami jadualnya, seorang yang lucu, seorang rapper yang bagus, dan tampan.
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment